Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon. Call Sahaja, Tak Perlu Isi Borang
Kad pengenalan/ MyKad anda mengalami kerosakan fizikal atau cip? Jika sebelum ini anda diperkenalkan dengan kemudahan gantian kad pengenalan secara online, kini lebih mudah anda boleh ganti kad pengenalan melalui panggilan telefon sahaja!
Tak perlu susah-susah isi borang di kaunter atau isi borang secara online. Call sahaja dan ambil kad pengenalan anda setelah siap. Mudah kan?
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon.
Isi Kandungan
SYARAT PERMOHONAN
Untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui talian telefon, anda perlu ikut syarat berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Permohonan untuk Gantian Mykad Biasa atau Cip/Kad Rosak
- Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
- Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN
- Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter
BAYARAN DIKENAKAN
Bayaran permohonan akan dikenakan sebanyak:
- RM10.00
Kutiran bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad di pusat kutipan. Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.
Rujuk: Kadar Bayaran Dikenakan Jika Kad Pengenalan Hilang
PUSAT KUTIPAN
Pusat kutipan adalah di:
- JPN Putrajaya
- JPN ZOOM
- Ibu Pejabat JPN Negeri
TALIAN HOTLINE
Berikut adalah talian hotline yang perlu dihubungi untuk buat permohonan gantian kad pengenalan:
- Talian Hotline: 03-8880-8066
Talian hotline tersebut beroperasi pada waktu berikut:
Waktu Operasi
- Hari: Isnin hingga Jumaat
- Masa: Jam 8 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat
- 1.00 petang hingga 2.00 petang
- Jumaat: 12.15 tengahari hingga 2.45 petang
CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN
Berikut adalah panduan membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon:
- Hubungi talian hotline 03-8880-8066
- Maklumkan anda ingin buat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau cip/ kad rosak
- Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
- Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
- Ambil kad pengenalan baharu, serahkan kad pengenalan lama dan bayar mengikut jumlah bayaran yang dikenakan
Memandangkan penularan pandemik di negara kita masih tidak berhenti, orang ramai dinasihatkan untuk membuat temujanji jika ingin berurusan di kaunter JPN. Bagi kes gantian kad pengenalan secara panggilan telefon, anda tidak perlu buat temu janji, sebaliknya hadir ke JPN pada tarikh yang ditetapkan.