Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul • Cuti Tahunan 8 Hari Je, Boleh Ke Ambil Lebih 2 Hari Berturut-turut? Ini Penjelasan Yang Pekerja Kena Tahu •9 Pagi Sampai 6 Petang Bukan 9 Jam Kerja? Ini Sebab Ramai Pekerja Keliru Tentang Waktu Rehat •Boleh Ke Pergi Terus Ke Syarikat Untuk Tanya Kerja Kosong? Ini Etika Walk-In Yang Calon Kena Tahu •Boleh Ke Tanya Cara Kerja Syarikat Masa Temuduga? Jangan Salah Tanya, Ini Panduan Untuk Calon •Ramai Tak Tahu, Daftar Penderma Organ Boleh Dibuat Dalam MySejahtera. Ini Syarat & Cara Daftar Dengan Betul •

Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021

Oleh Cikgu Shaari • July 6, 2021 • 2 min baca

Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Sebelum ini syarikat telekomunikasi Celcom telah memaklumkan gangguan rangkaian sehingga 4 Julai 2021 di beberapa lokasi di 6 negeri dan akan kembali pulih pada 5 Julai 2021. Namun, melalui laman rasmi Celcom, pihak mereka telah memaklumkan masalah gangguan akan berlanjutan sehingga Ogos 2021.

Gangguan tersebut adalah disebabkan oleh masalah yang berlaku pada satelit MEASAT. Pasukan teknikal Celcom bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memulihkan perkhidmatan secara berperingkat.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai lokasi yang terlibat masalah gangguan rangkaian Celcom.

TARIKH DIJANGKA KEMBALI NORMAL

Pasukan teknikal Celcom bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memulihkan perkhidmatan secara berperingkat dan dijangka akan kembali normal pada:

  • 5 Ogos 2021

LOKASI DI 6 NEGERI YANG TERLIBAT

Negeri Perak

  • Batang Padang
  • Sitiawan
  • Hulu Perak
  • Sungai Tinggi
  • Pulau Kamiri
  • Sungai Siput
  • Teja
  • Larut
  • Matang
  • Beruas

Negeri Johor

  • Mersing
  • Labis
  • Segamat

Negeri Pahang

  • Raub
  • Rompin
  • Lipis
  • Cameron Highland
  • Maran
  • Sri Haya Chini

Negeri Sarawak

  • Kapir
  • Sibu
  • Miri Town
  • Kanowit
  • Song
  • Serian
  • Selangai
  • Tatau
  • Batu Niah
  • Belaga
  • Kapir Marudi

Negeri Terengganu

  • Hulu Terengganu

Negeri Sabah

  • Pulau Layang-layang
  • Tawai
  • Beluran
  • Nabawan
  • Sook
  • Merotai
  • Kalabakan

PENYELENGGARAAN PERKHIDMATAN

Celcom turut memaklumkan mereka akan menjalankan penyelenggaraan perkhidmatan dari 6 Julai hingga 8 Julai nanti yang bermula dari jam 12.00a.m hingga 6.00a.m melibatkan SELURUH NEGARA. Semak jadual berikut:

Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021 Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021 Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021 Gangguan Rangkaian Celcom Di 6 Negeri Sehingga Ogos 2021

TINDAKAN SEKIRANYA MENGALAMI GANGGUAN SERVIS

Sekiranya anda mengalami masalah gangguan servis dalam tempoh penyelenggaraan, anda dinasihatkan untuk:

  • Aktifkan flight mode dan nyahaktifkan semula pada peranti anda; atau
  • Restart peranti anda untuk refresh sambungan rangkaian

Sumber

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.