Panduan Mudah Gabungkan Pelbagai Dokumen Kepada Satu Fail PDF 

Anda nak hantar pelbagai dokumen dalam satu fail bentuk pdf sahaja? Mudah sahaja sebenarnya nak gabungkan semua dokumen menjadi satu pdf. Anda boleh buat secara online dengan mudah dan percuma!

Apa yang perlu anda lakukan adalah kumpuklan semua dokumen yang ingin anda gabungkan dalam pdf dan ikut panduan yang akan dikongsikan di bawah. Selepas dah digabungkan, anda boleh tukar nama fail tersebut ke nama fail yang anda mahu.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan menggabungkan dokumen ke dalam satu fail pdf dengan mudah.

Baca juga: Senarai Dokumen & Panduan Muat Naik Dokumen Untuk Mohon Jawatan Guru KPM

TUKAR WORD KE PDF

Untuk menggabungkan fail pdf menjadi satu melalui kaedah yang dikongsikan di bawah, anda mestilah sediakan dokumen dalam bentuk pdf untuk digabungkan. Jika anda ada dokumen dalam bentuk word, anda perlu tukar ke pdf terlebih dahulu sebelum gabung.

Ikut panduan berikut untuk tukar format word ke pdf:

PANDUAN GABUNGKAN FAIL PDF JADI SATU

Berikut adalah panduan menggabungkan fail PDF menjadi satu secara online:

  1. Pergi ke laman https://www.ilovepdf.com/merge_pdf
  2. Klik Select PDF Files
  3. Pilih dokumen dalam komputer yang anda ingin gabungkan
  4. Klik Add More Files untuk tambah dokumen yang ingin anda gabungkan
  5. Dah selesai tambah semua dokumen yang anda ingin gabungkan, klik Merge PDF.
  6. Siap! Semua dokumen yang anda pilih telah digabungkan. Klik Download merged PDF untuk muat turun satu fail yang telah digabungkan.
  7. File tersebut akan disimpan dalam komputer anda dalam bentuk .pdf dengan nama ilovepdf_merged.pdf.
  8. Pilih Rename untuk tukar nama fail anda

Sekiranya anda ingin kecilkan saiz faile pdf anda, anda boleh cuba kecilkan dengan memuat naik fail anda di laman berikut:

Mudah kan? Semuanya boleh dibuat secara online sahaja secara PERCUMA! Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan urusan dalam penggabungan dokumen ke dalam satu bentuk fail pdf.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma