Fungsi Berguna Tersembunyi Di Email Yang Ramai Tak Tahu Manfaatkan

Ramai yang hanya tahu menggunakan email untuk hantar dan terima sesuatu sahaja, tetapi tak ramai yang betul-betul “explore” pelbagai fungsi yang ada di email kan? Tahu tak sebenarnya banyak fungsi berguna di email yang “tersembunyi” ramai tak guna! Rugi ya jika anda tidak tahu terutama bagi yang hari-hari menggunakan email tu.

Fungsi-fungsi ini pasti akan lebih memudahkan dan mempercepatkan urusan anda nanti terutama bagi calon yang sedang mencari kerja atau baru nak berjinak-jinak dengan email.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui fungsi tersembunyi di email yang ramai tak tahu.

FUNGSI TERSEMBUNYI DI EMAIL

Berikut adalah beberapa fungsi tersembunyi di email yang sangat berguna dan ramai tak manfaatkannya:

Schedule Your Email

Kadang kala bila tiba-tiba teringat nak hantar email tetapi dah malam, takkan nak hantar email pada luar masa pejabat kan? Terutamanya yang nak mohon kerja. Jangan sesekali mohon kerja melalui email di luar waktu pejabat!

Tahu tak sebenarnya kita boleh set tarikh dan masa nak hantar email. Ini caranya:

  1. Klik compose, dekat sebelah butang send to ada 3 titik.
  2. Klik 3 titik tu & pilih “Schedule Send”
  3. Pilih tarikh & masa yang dikehendaki

Feature ni bagus  sebab korang boleh pilih untuk send waktu yang recipient ada big possibility untuk bukak email tu.  Contohnya kalau nak send cover letter ke resume ke. Schedule lah awal pagi.

Undo Email Yang Dah Hantar

Ramai tak tahu sebenarnya tiap kali kita send email, memang butang “undo” akan keluar, tetapi sekejap sahaja. Sebenarnya kita boleh tetapkan supaya butang tersebut keluar lebih lama tau! Caranya:

  1. Klik setting icon (top right)
  2. Klik settings > General
  3. Klik “undo send”
  4. Pilih “30 seconds”

So lepas ni lepas klik send je, kalau rasa macam tak sedap hati, boleh click undo terus.

Cara Search Emel

Kadang-kadang nak cari email yang penting memang susah nak jumpa. Selepas ini anda boleh taip sahaja untuk mudah cari email lama.

  1. has:attachement
  2. from:fezzahussin or to:hr untuk cari person
  3. after:x or before:x untuk cari ikut tarikh
  4. size:x untuk cari large emel

Guna Shortcuts

Jika kita pandai guna shortcuts, memang boleh jimat banyak masa. Nak insert link, add cc etc jd sangat pantas. Caranya:

  1. Klik settings > All Settings > General
  2. Keyboard shortcuts, klik “on”

Mute Conversations

Kadang-kala ada individu yang suka guna “reply all” kan? Sebenarnya boleh sahaja muet email yang anda taknak. Caranya:

  1. Open email > klik 3 dots dekat atas
  2. Klik “mute”

Snooze Email

Kalau kita tengah sibuk atau ada emel yang bukan priority, kita boleh snooze sahaja sampai bila-bila yang kita nak. Caranya:

  1. Klik 3 dot dekat top right
  2. Pilih sampai bila kita nk snooze

Nanti emel tu akan muncul balik dekat date yg kita set. So taklah terganggu kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk orang ramai yang selalu menggunakan email untuk mohon kerja atau sebagainya.

Sumber

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma