Fungsi “Expected Salary” Dalam Resume Yang Ramai Tak Tahu

“Expected salary” atau bahasa mudahnya gaji yang kita jangkakan dari majikan untuk jawatan yang kita mohon ini bukan satu perkara yang wajib dimasukkan dalam resume. Namun jika anda mohon kerja dan majikan mahu anda masukkan expected salary dalam resume, pastikan anda letak.

Ada sebab kenapa majikan meminta anda masukkan expected salary dalam resume, bukan hanya sekadar suka-suka. Anda perlu tahu fungsi-fungsi perkara tersebut bagi mengelakkan anda tersilap langkah apabila memasukkannya nanti.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui fungsi expected salary dalam resume.

FUNGSI EXPECTED SALARY

1. Tapisan Pertama Menilai Calon

Expected salary yang dimasukkan dalam resume calon akan menjadi tapisan pertama untuk melihat kecekapan calon menilai diri nilai yang ada pada diri sendiri. Kerana untuk meletakkan sesuatu nilai gaji, anda perlukan suatu benchmark serta perlukan kajian terhadap gaji yang wajar sepadan dengan pengalaman dan jenis kerja serta jawatan yang ditawarkan.

Kesilapan meletakkan angka expected salary, akan menyebabkan permohonan anda ditolak.

Rujuk: Contoh Jawapan Soalan Temuduga “Expected Salary” Sesuai Dengan Kelayakan

2. Untuk Melihat Calon Sesuai Ditemuduga Atau Tidak

Expected salary akan menjadi tapisan untuk menentukan perlu dipanggil calon ke sesi temuduga atau tidak. Ada juga majikan yang melihat angkat tersebut dan jika ia di luar ‘range; yang mereka sanggup, permohonan akan terus diketepikan tanpa sebarang proses selanjutnya.

Ada juga yang akan meninjau sekejap inti Cv atau Resume calon sekadar melihat jika ada yang menarik untuk menjadi sebab dipanggil temuduga.

3. Melihat Sejauhmana Kemampuan Calon Berunding Gaji

Fungsi gaji yang dimasukkan juga mungkin boleh menjadi alat ukuran majikan melihat sejauhmana kemampuan calon berunding gaji bagi jawatan yang dipohon. Namun calon dinasihatkan untuk tidak terlalu demand gaji dan setuju sahaja dengan gaji yang ditawarkan.

4. Indikasi Sejauh Mana Terdesaknya Calon Mendapatkan Kerja

Contohnya jika gaji yang dipinta adalah rendah tetapi apabila dilihat pengalaman dan sebagainya adalah hebat, ada juga kemungkinan calon mensasarkan untuk dipanggil temuduga dimana dia akan membuktikan NILAI sebenar dirinya dalam sesi tersebut dan kemudiannya berunding tahap gaji lebih baik selepas dirasi ‘performed’ sewaktu temuduga.

Dah tahu fungsi-fungsi expected salary di atas apa yang perlu anda lakukan adalah letakkan expected salary yang sesuai dengan kelayakan dan jawatan yang anda mohon. Semak dulu TIPS JAWAB EXPECTED SALARY untuk ketahui berapa jumlah yang perlu anda masukkan.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma