10 Free Gift Dari Bilik Hotel Yang Boleh Diambil Sebelum Check Out
Setiap kali pergi bercuti dan menginap di hotel, ada orang yang jenis memang suka ambil cenderahati percuma yang disediakan di hotel tetapi ada juga yang takut nak ambil kerana risau dikenakan bayaran.
Sebenarnya ada 10 barangan ini yang boleh anda ambil tanpa ragu-ragu kerana ianya memang peruma buat anda! Kalau tak ambil pun, nanti akan dibuang juga.
Jika nak tahu apakah 10 free gift yang disediakan oleh hotel yang ramai tidak tahu itu, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
10 FREE GIFT DARI HOTEL
Berikut adalah 10 jenis free gift yang boleh anda bawa balik:
1) Selipar Bilik
Biasanya hotel bertaraf empat bintang ke atas ada sediakan selipar bilik atau alas kaki ini. Anda boleh bawa pulang sahaja selipar yang disediakan.
2) Toiletries
Saiz botol sabun dan syampu yang disediakan memang kecil sahaja dan untuk kegunaan sekali. Selalunya pihak hotel akan tambah ikut bilangan hari yang kita menginap. Namun bagi yang lebih suka bawa mandian sendiri bolehlah bawa balik mandian hotel yang tidak digunakan.
3) Surat Khabar
Ada hotel yang menghantar ke bilik dan ada juga yang boleh diambil di lobi. Jangan risau, semuanya percuma sahaja. Boleh anda baca ketika dalam perjalanan ke mana-mana.
4) Minuman 3 in 1
Setiap hotel pasti akan sediakan minuman 3 in 1 ini termasuk gula dan creamer. Memang ia disediakan untuk pelanggannya minum pagi. Jika tidak habis apa salahnya anda ambil kerana ianya memang percuma.
5) Buku Nota, Poskad & Pensil
Selalunya anak-anak yang teruja ambil nota yang disediakan. Sebenarnya berguna juga jika kumpul buku nota dan pensil yang disediakan oleh hotel. Selalunya benda ringkas begini yang perlukan saat tidak terduga.
6) Botol Air Minuman
Selalunya orang takut nak ambil air minuman yang disediakan kerana risau dikenakan caj. Biasanya ada 2 botol disediakan setiap bilik. Boleh ambil secara percuma, cuma minuman lain sahaja kena dapatkan kepastian terlebih dahulu. Selalunya minuman lain dikenakan caj.
7) Buku Panduan & Peta
Jika anda perasan peta dan risalah pelancongan akan disediakan di lobi hotel. Anda boleh sahaja ambil untuk panduan perjalanan tambah-tambah jika anda melancong di luar!
8) Berus Gigi, Shower Cap & Sikat
Nampak sahaja macam tidak perlu. Benda percuma jangan disia-siakan. Ambil sahaja, mana tahu ianya berguna di saat kecemasan.
9) Tisu
Setiap bilik pasti ada sediakan sekotak tisu meja dan tisu tandas. Tiada masalah sebenarnya jika anda bawa balik tisu tersebut.
10) Laundry Bag
Jika anda terlupa bawa plastik untuk baju kotor sendiri, anda boleh sahaja ambil plastik yang tersedia untuk masukkan baju kotor anda.
Selain daripada 10 barang yang disenaraikan di atas, jangan pula anda bawa balik barang lain sesuka hati. Contohnya tuala dan bathrobe. Tidak pasal-pasal anda dikenakan bayaran jika ambil barang lain sesuka hati. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda!