FAQ Lengkap Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Perdana Menteri telah mengumumkan satu inisiatif baru iaitu Inisiatif Geran Khas Prihatin PKS ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) pada 6 April yang lalu. Dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.1 bilion, Geran Khas Prihatin (GKP) ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Dengan objektif tiada siapa yang akan tercicir dalam menerima bantuan kerajaan, pemberian Geran Khas Prihatin iaitu berjumlah RM3,000 secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka akan memberikan manfaat kepada hampir 700 ribu PKS mikro di seluruh negara.

FAQ Lengkap Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP)

Berikut adalah FAQ lengkap untuk permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) bagi menjawab pelbagai persoalan usahawan mikro yang ingin membuat permohonan geran.

FAQ LENGKAP PERMOHONAN GERAN KHAS PRIHATIN (GKP)

Berikut adalah FAQ lengkap permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP):

Apakah Geran Khas PRIHATIN?

Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan secara one off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Siapakah yang layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

a. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan b. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut: - Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan - Jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; dan c. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; dan d. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan e. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Berapakah nilai Geran Khas PRIHATIN?

Jumlah nilai Geran Khas PRIHATIN adalah RM3,000 yang akan dibayar secara one-off.

Bagaimanakah memohon Geran Khas PRIHATIN?

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

Bilakah tarikh permohonan Geran Khas PRIHATIN bermula?

Permohonan Geran Khas PRIHATIN dibuka mulai 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan bermula pada minggu pertama Jun 2020

Saya berdaftar dengan agensi kerajaan (contohnya SSM dan Pihak Berkuasa Tempatan) tetapi tidak berdaftar dengan LHDNM, adakah saya layak memohon Geran Khas PRIHATIN?

Layak. Pemohon hendaklah mengisikan butiran pendaftaran perniagaan di borang permohonan dalam talian semasa memohon.

Bilakah tarikh pembayaran Geran Khas PRIHATIN akan dibuat?

Pembayaran dijangka akan dibuat pada bulan Jun 2020.

Bagaimanakah kaedah bayaran Geran Khas PRIHATIN dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif.

Yang menariknya tentang inisiatif ini, geran ini adalah tidak sama dengan pinjaman lain iaitu penerima GKP tidak perlu membayar kembali geran atau dana tersebut kerana ini bukanlah pembiayaan. Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai GKP ini sila layari Laman Web Rasmi LHDNM atau hubungi talian 03-8911 1000/ 603-8911 1100 (luar negara).

FAQ PERMOHONAN GKP

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma