Senarai Faedah Diterima Apabila Bekerja Dalam Sektor Perkhidmatan Awam (Kerajaan)

Bila tamat sahaja pengajian, setiap graduan pasti mengimpikan untuk bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Bukan graduan sahaja, ibu bapa pun sangat berharap anak-anak mereka berjaya memasuki Perkhidmatan Awam. Ini kerana ramai yang tahu bagaimana jaminan yang diberikan oleh Perkhidmatan Awam kepada Penjawat Awam dalam sektor ini.

Banyak tau faedah diterima apabila bekerja dalam sektor ini, sebab itulah ramai yang terkejar-kejar! Walaupun gaji yang ditawarkan agak rendah jika nak dibandingkan dengan sektor swasta, namun faedah-faedah ini mungkin boleh mencukupkan keperluan penjawat awam.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui senarai faedah diterima apabila bekerja dalam sektor awam.

SENARAI KELEBIHAN & FAEDAH PEKERJA SEKTOR AWAM

Berikut adalah senarai faedah yang diperolehi sekiranya bekerja dalam sektor perkhidmatan awam:

  • Elaun Perumahan
  • Cost Of Living Allowance (Cola)
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
  • Kenaikan Gaji Setiap Tahun
  • Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kenderaan
  • Cuti Tahunan Mengikut Kelayakan
  • Cuti Bersalin
  • Pinjaman Perumahan
  • Caruman KWSP ataupun Pencen
  • Bersara pada umur 50, 55, 58 dan 60 tahu (ikut pilihan)
  • Peluang Kenaikan Pangkat,
  • Peluang Melanjutkan Pelajaran
  • Peluang Untuk Berkursus dari masa ke semasa
  • Bekerja dalam tempoh yang sesuai 8 jam sehari (kekadang lebih masa juga)
  • Lebih masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga lebih bahagian
  • Bonus tahunan (diumumkan pada bajet tahunan kerajaan)
  • Faedah perubatan (termasuk untuk keluarga terdekat)

Baca juga: Penjawat Awam Boleh Beli 4 Biji Rumah Jika Ikut Tips Ini, Itu Kelebihan Kerja Kerajaan

Selain daripada faedah-faedah di atas yang memberi manfaat kepada SEMUA penjawat awam, berikut adalah senarai elaun lain yang diterima mengikut jenis jawatan:

Untungnya jika berpeluang untuk bekerja dalam perkhidmatan awam. Bagi calon yang masih memohon dalam sektor ini dan tiada rezeki sehingga sekarang, anda boleh semak balik 6 Sebab Calon Tidak Mendapat Panggilan SPA. 

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma