Kadar Faedah PERKESO Yang Keluarga Terima Sekiranya Pencarum Meninggal Dunia

Untuk makluman anda, orang tanggungan layak menerima Faedah Orang Tanggungan PERKESO sekiranya pekerja yang mencarum PERKESO meninggal dunia akibat bencana pekerjaan. Contohnya sekiranya si suami meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja, balu nya akan terima bayaran faedah PERKESO yang dibayar secara bulanan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai kadar bayaran faedah dan keterangan lanjut.

Isi Kandungan

KADAR FAEDAH YANG DIBAYAR

Kadar faedah yang dibayar kepada orang tanggungan adalah dikira dengan kadar harian berikut:

  • Kadar harian 90% daripada gaji harian purata anggapan pekerja
  • Kadar minimum RM30 sehari dan maksimum RM118.50 sehari

Contohnya gaji harian purata Ahmad adalah RM80 sehari. Ani, isteri kepada Ahmad akan terima 90% daripada gaji harian Ahmad iaitu sebanyak RM72 sehari. Jadi setiap bulan Ani akan terima faedah sebanyak RM1,440 (RM72 x 20 hari).

Berapa lama akan Ani terima faedah tersebut?

ORANG TANGGUNGAN & SYER KADAR HARIAN

Orang tanggungan dan syer kadar harian adalah mengikut keutamaan berikut:

  • Balu Atau Duda (3/5)
    Layak menerima faedah seumur hidup meskipun balu atau duda berkahwin semula (mulai atau selepas 1 Mei 2005)
  • Anak (2/5)
    – Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin (mana yang lebih awal)
    – Jika sedang belajar di institusi Pengajian Tinggi, terima faedah sehingga mendapat ijazah pertama atau berkahwin (mana yang lebih awal)
    – Bagi anak yang terencat mental atau menjadi tidak berupaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, layak menerima faedah selama tidak berupaya menyara kehidupannya.

Jika seseorang pekerja meninggal dunia akibat bencana pekerjaan dan tidak meninggalkan balu atau, duda atau anak, Faedah Orang Tanggungan akan dibayar kepada:

  • Ibu Bapa (4/10)
    – Layak menerima faedah seumur hidup
  • Adik-beradik (3/10)
    – Layak menerima faedah sehingga umur 21 tahun atau berkahwin
  • Datuk atau nenek (4/10)
    – Sekiranya tiada ibu bapa
    – Layak menerima faedah seumur hidup

Dengan kadar faedah yang diberikan ini, diharapkan dapat membantu orang tanggungan pekerja yang meninggal dunia akibat daripada pekerjaan yang dijalankan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk terus ke cawangan PERKESO atau ke laman web rasmi PERKESO.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma