Ex-Gratia Kematian: Faedah Sehingga RM150,000 Kepada Waris Penjawat Awam
Ex-Gratia Kematian adalah satu insentif baharu yang diperkenalkan oleh Perkhidmatan Awam yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020. Insentif ini adalah pemberian Kerajaan kepada tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan dengan tempoh perkhidmatan kurang daripada 20 tahun kepada 240 bulan.
Tujuan pemberian faedah ini adalah bagi membantu meringankan beban tanggungan/waris penjawat awam yang meninggal dunia.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai faedah Ex-Gratia Kematian.
Isi Kandungan
SYARAT FAEDAH EX-GRATIA
Syarat pemberian Ex-Gratia Kematian adalah kepada:
- Penjawat Awam sama ada berstatus sementara atau tetap yang memilih Skim Pencen ataupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
- Penjawat Awam ini merangkumi:
i) Perkhidmatan Awam Persekutuan,
ii) Perkhidmatan Negeri,
iii) Pihak Berkuasa Berkanun dan
iv) Pihak Berkuasa Tempatan.
Syarat penerimaan Ex-Gratia Kematian adalah:
- Balu/Duda yang layak
- Anak
- Ibu/Bapa yang layak
Pembahagian Syer
Pembahagian syer faedah adalah seperti berikut:
- 9/10 syer (90%)
– Dibayar kepada balu,duda dan anak-anak bawah 21 tahun - 1/10 syer (10%)
– Dibayar kepada ibu, jika ibu meninggal akan dibayar kepada bapa.
KADAR PEMBAYARAN EX-GRATIA
Jumlah pemberian Ex-Gratia Kematian kepada waris yang layak mengikut tempoh perkhidmatan seperti berikut:
- Kurang daripada 60 bulan = RM150,000
- 61 hingga 120 bulan = RM100,000
- 121 hingga 180 bulan = RM75,000
- Lebih daripada 241 bulan = TIADA
CARA MEMOHON
Berikut adalah cara waris memohon Ex-Gratia kematian bagi Penjawat Awam yang memilih:
- Skim Pencen
– Permohonan dikemukakan oleh Jabatan akhir anggota, diproses bersekali dengan permohonan faedah persaraan terbitan. - Skim KWSP/Anggota Yang Belum Disahkan Jawatan
– Permohonan perlu dikemukakan oleh Ketua Jabatan kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan,JPA
– Tatacara permohonan dan borang berkaitan diperincikan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2019.
Kuat kuasa pelaksanaan pemberian ini ialah pada 1 Januari 2020. Kematian yang berlaku pada 1/1/2020 dan selepasnya akan layak untuk diberikan Ex-Gratia Kematian.
Untuk makluman anda, Ex-Gratia Kematian ini tidak diberikan kepada kes-kes kematian penjawat awam yang disahkan akibat daripada membunuh diri.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Ex-Gratia, si emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my atau hubungi talian 03-8887 8777.