8 Contoh Email Memohon Kerja, Jangan Biarkan Email Kosong
Antara kesilapan yang sering calon lakukan dalam memohon kerja adalah menghantar email kosong. Mungkin lepasan graduan atau SPM masih tidak tahu macam mana nak hantar email yang betul bagi memohon sesuatu pekerjaan.
Memang majikan tidak maklumkan bahawa calon perlu hantar email yang penuh maklumat semasa penyerahan resume atau CV melalui email, tetapi calon sendiri perlu bertindak dengan bijak iaitu menghantar email yang betul semasa permohonan kerja melalui email.
Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui apa yang perlu anda masukkan dalam email memohon kerja dan contoh email yang baik yang boleh dijadikan rujukan.
Isi Kandungan
EMAIL MOHON KERJA
Apa yang perlu ada dalam email memohon kerja? Email yang baik di mata majikan atau HR adalah email yang mengandungi:
- Panggilan majikan/ HR (Dear Sir/Miss/Tuan/Puan)
- Matlamat email dihantar (i am writing for….)
- Maklumat lulusan akademik ( Nama IPT dan program pengajian)
- Jenis jawatan yang dimohon
- Tempoh latihan yang calon lakukan sekarang (sekiranya ada)
- Sebab mengapa anda rasa anda layak mohon
- Makluman resume disertakan
- Maklumat untuk dihubungi
- Kepilkan Resume & CV seperti yang diminta
KENAPA PERLU ADA MAKLUMAT DALAM EMAIL?
Antara sebab mengapa maklumat-maklumat tersebut perlu ada dalam email calon adalah:
- Kelihatan lebih profesional
- Majikan akan anggap calon serious dalam permohonan kerja
- Majikan dapat kenali calon secara sepintas lalu
- Pengecaman calon oleh majikan lebih mudah
- Email yang kosong akan memberi tanggapan yang tidak bagus kepada majikan
CONTOH EMAIL MOHON KERJA
Lihat contoh terbaik yang boleh dijadikan rujukan untuk anda mohon kerja melalui email:
Versi Bahasa Inggeris
Contoh1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Contoh 5
Versi Bahasa Melayu
Contoh 6
Contoh 7
Contoh 8
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat calon sebagai panduan untuk menghantar email permohonan kerja kepada majikan. Jangan pernah pandai remeh dengan email permohonan kepada tempat kerja yang kita mohon kerana setiap adab dan tindakan calon akan dinilai oleh majikan.
Selamat maju jaya!