Senarai Elaun/ Biasiswa Pelatih Separa Perubatan KKM Sepanjang Latihan
Berminat nak jadi jururawat, tetapi tiada pengkhususan dalam bidang perubatan dan merupakan lepasan SPM? Umumnya nak jadi jururawat mestilah perlu kelayakan dalam jururawat dengan mengambil kursus kejururawatan tertentu. Buat lepasan SPM yang tiada kelayakan tak perlu risau ada satu cabang sesuai untuk anda!
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menawarkan pelbagai jawatan sesuai untuk lepasan SPM. Bagi yang nak bekerja di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda boleh mohon Program Latihan Separa Perubatan melalui SPA untuk sertai kursus latihan Diploma dan Sijil yang ditawarkan.
Banyak tau kelebihan mengikuti Latihan Separa Perubatan ini. Pelatih juga akan terima pelbagai elaun sepanjang latihan! Nak tahu senarai elaun pelatih Separa Perubatan sepanjang latihan, ikuti perkongsian di bawah.
SENARAI ELAUN PELATIH SEPARA PERUBATAN
Berikut adalah senarai elaun yang diberikan kepada pelatih Separa Perubatan sepanjang tempoh latihan:
Biasiswa/ Elaun | Diploma (RM) | Sijil (RM) |
Gaji Pokok | 835.37
(sebulan) |
755.06
(sebulan) |
Elaun Buku | 250.00
(sekali setahun) |
250.00
(sekali setahun) |
Elaun Perkakas | 25.00
(sekali sepanjang pengajian) |
25.00
(sekali sepanjang pengajian) |
Elaun Kertas Projek | 90.00
(sekali setahun) |
90.00
(sekali setahun) |
Elaun Jahitan Pakaian Seragam | 45.00
(sepasang) |
45.00
(sepasang) |
Untuk peringkat awal, pelatih perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk pemeriksaan kesihatan, perjanjian serta lain-lain keperluan. Elaun biasa akan masuk dalam bulan pertama atau kedua selapas melapor diri di ILKKM berkenaan.
Selain daripada elaun-elaun dinyatakan di atas, pelatih akan dibekalkan pakaian seragam percuma setiap tahun (1 tahun dapat 3 pasang). Juga rawatan kesihatan percuma di hospital.
Baca juga: Kelebihan & Kekurangan Latihan Separa Perubatan Yang Anda Kena Tahu
Sekiranya anda berminat dengan tawaran ini dan ingin mohon, anda boleh semak syarat kelayakan mengikuti latihan separa perubatan dan panduan buat permohonan di sini: