Jangan Buat 5 Perkara Ini Semasa Perkenalkan Diri Dalam Temuduga Kerja

Rasanya hampir semua temuduga akan dimulakan dengan arahan panel penemuduga untuk suruh calon perkenalkan diri. Soalan ini boleh dikatakan soalan ‘wajib’ dalam setiap temuduga. Walaupun nampak mudah, iaitu hanya sekadar perkenalkan diri, pastikan anda buat yang terbaik. Jangan perkenalkan diri dengan terlalu ringkas!

Namun calon perlu tahu, ada perkara yang perlu calon ceritakan, ada juga yang tidak perlu untuk soalan ini. Penemuduga tanya soalan seperti ini bukan suka-suka, tetapi mereka nak lihat keyakinan diri calon dan cara calon jawab soalan ini.

Selain daripada Contoh Jawapan Semasa Perkenalkan Diri Dalam Temuduga, pastikan anda ambil tahu juga 5 perkara yang anda tidak patut buat sekiranya diminta perkenalkan diri dalam temuduga.

JANGAN BUAT 5 PERKARA INI SEMASA JAWAB SOALAN

Untuk memperkenalkan diri semasa temuduga, pastikan anda tidak buat atau cakap beberapa berikut:

1 Tanya Soalan Balik Kepada Penemuduga

Bila penemuduga berikan soalan kepada anda, anda kena jawab soalan itu dan bukan tanyakan balik kepada mereka soalan. Jangan sesekali begitu ya! Contohnya apabila mereka minta anda ceritakan sedikit tentang diri anda, jangan sesekali beri soalan seperti ” Apa yang tuan nak tahu pasal diri saya?” atau “Tuan nak dengar dari segi apa ya?”.

2 Tanya Sepatah, Jawab Sepatah

Memang penemuduga akan beri soalan sepatah perkataan sahaja, seperti “sila perkenalkan diri anda”. Mereka tidak akan sebut satu persatu perkara yang anda perlu cerita. Anda sebagai calon temuduga perlu beri jawapan yang lengkap, jangan beri sepatah jawapan seperti “Nama saya Nadia, saya berasal dari Perlis dan berumur 25 tahun”. Salah!

Selepas sahaja anda dapat soalan tersebut, pastikan anda cerita:

  • Nama penuh & nama panggilan
  • Umur
  • Asal
  • Kelayakan akademik
  • Tahun graduate
  • Minat (pastikan ia berkaitan dengan jawatan yang dipohon)
  • Pengalaman kerja (ceritakan yang berkaitan dengan bidang kerja dipohon)

3 Jangan Cakap Panjang Lebar

Walaupun banyak perkara yang nak dicerita, tetapi jangan pula anda cerita panjang lebar sampai penemuduga naik bosan. Ambil point-point penting sahaja yang berguna yang anda nak sampaikan. Yang penting sekali adalah pastikan anda buat penemuduga rasa tertarik untuk dengar anda bercerita.

4 Cerita Sejarah Hidup/ Zaman Kanak-Kanak

Ya benar, jika penemuduga minta anda perkenalkan diri anda pergi cerita asal usul anda. Tapi jangan bukan cerita pasal sejarah hidup anda daari zaman kanak-kanak ya! Mereka tidak mahu dengar perkara yang tidak penting dan hanya membuang masa. Apa yang nak dicerita dalam asal usul adalah nama, umum, pendidikan dan tempat tinggal.

5 Jangan Cerita Pengalaman Kerja Yang Tiada Kaitan

Sekiranya anda ada banyak pengalaman kerja, pastikan anda cerita pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon sahaja. Ini kerana hanya pengalaman tersebut sahaja akan membantu penemuduga menilai anda. Jika anda tiada pengalaman kerja dalam bidang jawatan dimohon, tidak salah untuk anda cerita, tetapi pastikan menarik dan kaitkan serba sedikit.

Baca juga: Selain Perkenalkan Diri, Ini 30+ Contoh Soalan Tentang Diri Calon Yang Sering Ditanya Dalam Temuduga

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam temuduga nanti bagi mendapatkan pekerjaan idaman.

Selamat maju jaya!

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma