eJanjiTemu Online: Cara Buat Janji Temu PTPTN Untuk Pelbagai Urusan
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan kemudahan e-JanjiTemu bagi memudahkan pelanggan mendapatkan temujanji sebelum berurusan di kaunter. Usaha itu membolehkan pelanggan PTPTN berurusan dengan lebih mudah dan selamat di kala pandemik Covid-19 sedang melanda negara.
PTPTN dalam satu kenyataan memaklumkan, e-JanjiTemu adalah kemudahan secara dalam talian yang membolehkan pelanggan berurusan dengan pegawai PTPTN di kaunter, membuat temujanji terlebih dahulu.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut dan cara buat janji temu online bagi urusan di kaunter PTPTN.
Isi Kandungan
PERKHIDMATAN PTPTN
Urusan yang dibenarkan untuk membuat janji temu di kaunter PTPTN adalah:
- Urusan Penghantaran Borang Pembatalan/ Pertukaran Alamat/ Kemaskini Nombor Akaun
- Urusan Takaful Pinjaman/ SSPN
- Penutupan SSPN
- Rundingan Ujrah
- Rundingan Penstrukturan Bayaran Balik Pinjaman
MAKLUMAT PENTING URUSAN DI PTPTN
Pelanggan mestilah mematuhi segera peraturan penting bagi berurusan di kaunter PTPTN:
- Pastikan mencetak/ muat turun/ screenshot slip tempahan dan sila kemukakan semasa hadir ke Pejabat PTPTN yang dipilih
- Mestilah memakai pelitup muka dan tidak bergejala* semasa hadir ke Pejabat PTPTN. *Tidak bergejala bermaksud suhu badan anda tidak melebihi 37.5 darjah Celsius manakala status di MySejahtera ialah “Low Risk” atau “Casual Contact Low Risk”.
- Sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadiri janji temu pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan, janji temu ini terbatal dan perlu membuat tempahan baru.
- Pelanggan yang telah mempunyai janji temu namun dari kawasan yang sedang dikuatkuasakan PKPD adalah tidak dibenarkan berurusan di PTPTN.
- Pastikan kebenaran daripada pihak berkuasa diperolehi sekiranya tinggal di luar kawasan.
- Pastikan tuan/puan hadir tepat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
CARA BUAT JANJI TEMU PTPTN
Individu yang ingin berurusan di kaunter PTPTN boleh buat janji temu secara online melalui eJanjiTemu dengan ikut langkah berikut:
- Pergi ke laman https://ejanjitemu.ptptn.gov.my/
- Klik Tempah Slot Anda
- Pilih Negeri, Cawangan dan Tarikh Janji Temu anda. Klik Seterusnya
- Masukkan Nama Penuh, No. Kad Pengenalan, No. Telefon dan Alamat Emel. Klik Seterusnya
- Dah sahkan maklumat, klik Hantar. Cetak Slip tempahan anda untuk dibawa ke kaunter PTPTN nanti
Sila bawa bersama slip tempahan pada hari temu janji nanti. Slip tempahan e-Janjitemu tidak boleh digunakan untuk tujuan merentas daerah/negeri. Pejabat PTPTN berhak untuk tidak menerima pelanggan yang hadir dari luar daerah/negeri.
Selain kemudahan e-JanjiTemu PTPTN yang disediakan, PTPTN turut menyediakan saluran perkhidmatan lain iaitu e-Aduan melalui portal rasmi PTPTN atau pelanggan boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan serta Eksekutif Pemasaran PTPTN di seluruh negara melalui nombor telefon yang dipaparkan di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn.
Perkhidmatan Live Chat di portal rasmi PTPTN dan talian Careline di 03-21933000 juga disediakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.