Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Pengambilan Protege Duopharma Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang, Elaun RM2,000 Sebulan Diberi

Oleh Cikgu Shaari • September 15, 2022 • 2 min baca

Pengambilan Protege Duopharma Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang, Elaun RM2,000 Sebulan Diberi
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Duopharma Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) meneruskan matlamat untuk mengembangkan kumpulan bakat graduan di Malaysia. PROTEGE bertujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk terus maju dalam dunia korporat dan pekerjaan.

Program 12 bulan ini akan membekalkan graduan dengan latihan kemahiran insaniah dan latihan tempat kerja yang pasti memberi manfaat kepada graduan yang tiada pengalaman. Graduan di Malaysia dipelawa untuk mohon tawaran program PROTEGE yang kini dibuka.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE Duopharma yang ditawarkan dan cara mohon.

MAKLUMAT PROTEGE

  • Nama majikan: Duopharma Biotech Berhad
  • Nama Program: Duopharma Protege Programme
  • Tempoh kontrak: 12 bulan
  • Struktur program: On-the-Job training
  • Penempatan:  Duopharma Biotech Berhad di Kuala Lumpur, Bangi, Klang dan Glenmarie
  • Tarikh tutup permohonan: 7 Oktober 2022

MANFAAT PROGRAM

Antara manfaat bagi graduan yang berjaya mendapat penempatan latihan protege di POS Malaysia adalah:

  • Elaun latihan RM2,000 sebulan
  • Potongan SOCSO dan EIS
  • Cuti tahunan dan cuti sakit

BIDANG DITAWARKAN

Duopharma menawarkan penempatan PROTEGE di jabatan berikut:

Duopharma Manufacturing (Bangi) Sdn. Bhd.

  1. Quality Assurance
  2. Engineering
  3. Ethical Specialty Business
  4. Production
  5. Corporate Communication
  6. Regulatory Affairs
  7. Human Resource

Duopharma (M) Sendirian Berhad (Klang)

  1. Quality Assurance
  2. Purchasing
  3. Quality Control
  4. Label Room/Sterile

Duopharma Biotech Berhad (KL Office)

  1. Legal & Company Secretary

Duopharma HAPI Sdn. Bhd. (Glenmarie)

  1. Quality Assurance

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah:

  • Warganegara Malaysia berumur 26 tahun dan ke bawah tahun ini
  • Minima Ijazah Sarjana Muda dan mendapat keputusan second class lower
  • CGPA 3.0 dan ke atas
  • graduan baharu dari pelbagai bidang pengajian
  • Kemahiran interpersonal yang baik

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk menjalani latihan bina kerjaya dengan syarikat Duopharma melalui program Protege dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh terus hantarkan resume TERKINI ke alamat email berikut:

  • recruitment@duopharmabiotech.com

Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temuduga. Untuk maklumat lanjut berkenaan pengambilan Protege Duopharma, anda boleh rujuk di laman web https://graduan.com/job/duopharma-protege.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.