Pengambilan Protege Duopharma Terbuka Buat Graduan Pelbagai Bidang, Elaun RM2,000 Sebulan Diberi
Duopharma Professional Training And Education For Growing Entrepreneurs (PROTEGE) meneruskan matlamat untuk mengembangkan kumpulan bakat graduan di Malaysia. PROTEGE bertujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk terus maju dalam dunia korporat dan pekerjaan.
Program 12 bulan ini akan membekalkan graduan dengan latihan kemahiran insaniah dan latihan tempat kerja yang pasti memberi manfaat kepada graduan yang tiada pengalaman. Graduan di Malaysia dipelawa untuk mohon tawaran program PROTEGE yang kini dibuka.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program PROTEGE Duopharma yang ditawarkan dan cara mohon.
Isi Kandungan
MAKLUMAT PROTEGE
- Nama majikan: Duopharma Biotech Berhad
- Nama Program: Duopharma Protege Programme
- Tempoh kontrak: 12 bulan
- Struktur program: On-the-Job training
- Penempatan: Duopharma Biotech Berhad di Kuala Lumpur, Bangi, Klang dan Glenmarie
- Tarikh tutup permohonan: 7 Oktober 2022
MANFAAT PROGRAM
Antara manfaat bagi graduan yang berjaya mendapat penempatan latihan protege di POS Malaysia adalah:
- Elaun latihan RM2,000 sebulan
- Potongan SOCSO dan EIS
- Cuti tahunan dan cuti sakit
BIDANG DITAWARKAN
Duopharma menawarkan penempatan PROTEGE di jabatan berikut:
Duopharma Manufacturing (Bangi) Sdn. Bhd.
- Quality Assurance
- Engineering
- Ethical Specialty Business
- Production
- Corporate Communication
- Regulatory Affairs
- Human Resource
Duopharma (M) Sendirian Berhad (Klang)
- Quality Assurance
- Purchasing
- Quality Control
- Label Room/Sterile
Duopharma Biotech Berhad (KL Office)
- Legal & Company Secretary
Duopharma HAPI Sdn. Bhd. (Glenmarie)
- Quality Assurance
SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah:
- Warganegara Malaysia berumur 26 tahun dan ke bawah tahun ini
- Minima Ijazah Sarjana Muda dan mendapat keputusan second class lower
- CGPA 3.0 dan ke atas
- graduan baharu dari pelbagai bidang pengajian
- Kemahiran interpersonal yang baik
CARA MOHON
Sekiranya anda berminat untuk menjalani latihan bina kerjaya dengan syarikat Duopharma melalui program Protege dan berkelayakan seperti dinyatakan di atas, anda boleh terus hantarkan resume TERKINI ke alamat email berikut:
- recruitment@duopharmabiotech.com
Hanya calon yang disenaraipendek sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temuduga. Untuk maklumat lanjut berkenaan pengambilan Protege Duopharma, anda boleh rujuk di laman web https://graduan.com/job/duopharma-protege.