Download Borang Permohonan BPR 2021 Percuma. Ini Cara Mohon Secara Manual
Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kini dibuka melalui 3 kaedah permohonan. Bagi pemohon yang tidak mahu mohon secara online atau mengalami sebarang masalah, anda boleh juga kemukakan permohonan secara manual dengan menggunakan borang permohonan.
Borang permohonan BPR 2021 boleh didapati secara percuma sahaja di perkongsian ini. Untuk mohon BPR 2021 secara manual, langkahnya mudah sahaja.
Ikuti perkongsian di bawah untuk dapatkan borang permohonan BPR 2021 dan cara-cara mohon BPR secara manual.
Isi Kandungan
CARA MOHON BPR 2021 SECARA MANUAL
Berikut adalah langkah-langkah membuat permohonan BPR 2021 secara manual melalui borang permohonan:
- Download Borang Permohonan berkaitan di bawah
- Sediakan senarai DOKUMEN SOKONGAN yang diperlukan untuk permohonan BPR 2021
- Lengkapkan borang permohonan yang dimuat turun
- Hantar borang permohonan bersama dokumen sokongan yang diperlukan secara manual di kaunter-kaunter berikut:
i) Cawangan LHDNM/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM; atau
ii) Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP); atau
iii) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK); atau
iv) Pejabat Daerah/Pejabat Residen - Penghantaran borang dan dokumen juga boleh dilakukan secara Pos ke alamat berikut:
Peti Surat BPR
GPO Shah Alam
40800.
Semak senarai dokumen yang perlu disediakan untuk buat permohonan BPR 2021 DI SINI.
Baca juga: Cara Kemaskini Permohonan BPR 2021. Tak Perlu Buat Permohonan Baru
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BPR 2021
Anda boleh muat turun borang permohonan BPR 2021 secara percuma di bawah:
Borang Permohonan BPR 2021
Borang Serahan Dokumen BPR 2021
Borang Kemaskini Maklumat Asas BPR 2021
Borang Pembatalan Permohonan BPR 2021
Pemohon dinasihatkan untuk buat permohonan BPR 2021 secara online sahaja jika tiada sebarang masalah untuk mengelakkan kesesakan berlaku di kaunter-kaunter perkhidmatan untuk permohonan BPR.
Semak: [Rasmi] Jadual Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Semua Kategori
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan permohonan BPR 2021, anda boleh terus ke cawangan LHDN / PKH LHDNM/ UTC LHDNM berdekatan atau hubungi talian LHDN di 1-800-88-2747.