Cara Order Roti Gardenia Dari Kilang Untuk Doorgift Kahwin Beserta Harga Terkini
Masih tercari-cari cenderahati untuk majlis anda nanti? Jangan risau, Cenderahati Eksklusif Gardenia ada sebagai pelengkap majlis anda! Anda boleh dapatkan produk Gardenia untuk dijadikan doorgift yang pasti dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima nanti. Bagi yang belum ada tarikh hari bahagian tahun 2023, anda boleh semak tarikh cantik tahun 2023 DI SINI.
Dengan harga serendah RM2 sahaja doorgift ini pasti berbaloi! Penghantaran pula adalah PERCUMA ya. Pelanggan mestilah buat tempahan melalui Jabatan Jualan Gardenia 2 minggu awal sebelum tarikh penghantaran.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut tempahan produk Gardenia untuk doorgift.
Isi Kandungan
PRODUK & HARGA GARDENIA UNTUK DOORGIFT
Berikut adalah produk Gardenia yang boleh dijadikan doorgift beserta harga yang terkini:
Roti Gardenia
Dengan harga RM3 serta tempahan minima sebanyak 50 kotak, anda boleh dapatkan roti Gardenia yang dilengkapi kotak eksklusif dari Gardenia. Buat masa ini hanya Gardenia Original Classic sahaja ditawarkan untuk pakej doorgift ini.
NuMee Giftbox
Dengan harga RM2 serta tempahan minima sebanyak 50 kotak, anda boleh dapatkan NuMee Gardenia yang dilengkapi kotak eksklusif dari Gardenia.
SYARAT TEMPAHAN
Tempahan produk Gardenia untuk dibuat doorgift mestilah dibuat mengikut syarat berikut:
- Tempahan perlu dibuat 2 minggu sebelum tarikh penghantaran
- Caj penghantaran PERCUMA ke seluruh Semenanjung Malaysia
- Buat tempahan melalui Jabatan Jualan Gardenia
CARA BUAT TEMPAHAN DOORGIFT GARDENIA
Sekiranya anda ingin membuat produk Gardenia untuk dijadikan doorgift, anda boleh buat tempahan di setiap negeri dengan menghubungi:
- Jabatan Jualan Gardenia di talian 03-5161 3228
Tempahan adalah dibuka untuk seluruh negeri di Malaysia. Pelanggan yang ingin buat tempahan mestilah sertakan maklumat seperti berikut:
- Nama
- Nombor telefon
- Alamat penghantaran
- Tarikh & masa penghantaran
- Jenis produk
- Kuantiti
Menurut salah seorang pengguna yang pernah membuat tempahan, tarikh luput bagi roti yang dibekalkan adalah dalam 4-5 hari dari tarikh majlis.