[Rayuan Akhir BSH] Senarai Dokumen Yang Perlu Ada Untuk Rayuan BSH

Seperti yang kita tahu, pembayaran BSH 2020 bagi Fasa 3 adalah bermula 24 Julai 2020 secara pengkreditan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan.

Namun, pelbagai rungutan diterima di laman sosial. Ada yang permohonan masih dalam proses, ada juga permohonan yang TIDAK LULUS / GAGAL.

Bagi permohonan yang masih DALAM PROSES, berkemungkinan anda akan lulus ATAU gagal. Jika gagal, anda boleh buat permohonan rayuan.

TARIKH RAYUAN BSH 2020

Menurut makluman di laman web rasmi BSH, permohonan rayuan BSH 2020 untuk Fasa Ketiga boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Jadi pemohon yang tidak lulus perlu tunggu tarikh ini untuk buat permohonan rayuan.

Permohonan Rayuan Bantuan Sara Hidup BSH 2020

Selain dari BSH, kategori Ibu Tunggal juga boleh cuba mohon bantuan ini ~ Daftar Permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300 PENJANA (Panduan Lengkap)

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Untuk makluman anda, permohonan rayuan boleh dibuat dengan salah satu kaedah berikut:

  • Permohonan di semua cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) bermula 7 Ogos 2020 [Download borang permohonan rayuan di bawah]
  • Permohonan secara dalam talian bagi pemohon berstatus tidak lulus dengan kod tertentu sahaja bermula 7 Ogos 2020. Semak Cara Buat Permohonan Rayuan Secara Atas Talian

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan adalah penting untuk buat permohonan rayuan sebagai sokongan kepada rayuan pemohon.

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan rayuan adalah seperti berikut:

Berdasarkan rujukan di portal BSH, berikut adalah Kod Tidak Lulus BSH dan dokumen sokongan yang perlu disertakan berdasarkan kod pemohon untuk permohonan rayuan BSH.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN RAYUAN

Sila download Borang Permohonan Rayuan BSH yang disediakan di bawah sekiranya pemohon ingin membuat rayuan secara manual di cawangan LHDN berdekatan.

Sertakan borang permohonan bersama dokumen sokongan mengikut kod tidak lulus masing-masing.

BORANG PERMOHONAN RAYUAN BSH

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut atau inginkan pengesahan kekeliruan berkaitan BSH 2020, anda boleh hubungi BSH LHDNM di talian 1 800 88 2747 (9 pagi hingga 5 petang) atau email ke alamat br1m@treasury.gov.my.

Anda juga boleh rujuk maklumat lanjut di cawangan LHDN berdekatan anda. Anda boleh semak Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH 2020 untuk maklumat lanjut mengenai rayuan BSH 2020.

Baca juga: Permohonan Baru BSH 2020 Secara Online & Borang Permohonan Manual

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma