Semakan & Permohonan

BSK Transit: Bantuan Penginapan & Pengangkutan Untuk Menghadiri Prosiding Kes Di Mahkamah Syariah

September 1, 2020Oleh Cikgu Shaari2 min baca
BSK Transit: Bantuan Penginapan & Pengangkutan Untuk Menghadiri Prosiding Kes Di Mahkamah Syariah

BSK Transit merupakan suatu perkhidmatan penginapan, pengangkutan dan makan minum secara percuma kepada mana-mana pihak yang menghadiri prosiding kes di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Keutamaan juga diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan dan tinggal berjauhan daripada Mahkamah Syariah termasuklah saksi-saksi Mahkamah dan pihak-pihak yang mempunyai kes di mana-mana tribunal.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut mengenai BSK Transit dan cara membuat permohonan.

OBJEKTIF BSK TRANSIT

Berikut adalah objektif BSK Transit yang disediakan:

  • Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkamah Syariah Wilayah-wilayah persekutuan
  • Melicinkan perjalanan kes Mahkamah
  • Mengurangkan beban kewangan berulang alik ke Mahkamah
  • Melindungi keselamatan pihak-pihak terutamanya ibu tunggal, wanita dan anak-anak yang bermusafir
  • Pihak-pihak berasa lebih tenang dan selesa untuk menghadiri prosiding

FUNGSI BSK TRANSIT

Antara fungsi BSK Transit adalah bagi:

  • Menyediakan penempatan penginapan (BSK Transit) kepada ibu-ibu tunggal dan pihak-pihak yang tidak berkemampuan semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah
  • Melaksanakan peranan tolong menolong saudara seagama terutamanya kepada yang tidak berkemampuan seperti yang disarankan oleh Allah SWT melalui Al-Quran dalam Surah Al-Maidah.
  • Menjamin kehadiran pihak-pihak di Mahkawan Syariah dalam prosiding atau perbicaraan di mana berlaku sesetengah kes terpaksa ditangguhkan kerana ketidakhadiran pihak-pihak akibat masalah jarak perjalanan dan kos dari tempat mereka ke mahkamah.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Perkhidmatan yang disediakan dalam BSK Transit adalah:

  • Pembiayaan kos perbelanjaan pengangkutan
  • Makan, minum
  • Penginapan

KELAYAKAN PEMOHON

Semak syarat kelayakan permohonan berikut:

  • Beragama Islam
  • Merupakan pihak/saksi di dalam prosiding di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
  • Tinggal di luar kawasan Lembah Klang/Putrajaya/Labuan dan
  • Tidak berkemampuan

TATACARA PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai BSK dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Borang permohonan BSK Transit
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan notis kehadiran dan/atau notis tangguhan dari Mahkamah
  • Salinan slip gaji
  • Salinan muka depan buku akaun

Permohonan hendaklah dibuat 30 hari sebelum prosiding dan pembatalan penggunaan BSK Transit hendaklah 3 hari sebelum prosiding.

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian melalui pautan berikut:

Bagi yang ingin buat permohonan secara manual, anda boleh download borang permohonan berikut:

BORANG PERMOHONAN BSK TRANSIT

Borang permohonan yang lengkap diisi perlu dihantar bersama dokumen ke alamat berikut:

  • Bahagian Sokongan Keluarga
    Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia
    Aras 2- 4 Blok D7, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran kerajaan Persekutuan,
    62677 Putrajaya
  • Tel: 03 8886 4800
  • Laman web: www.bsktransit.jksm.gov.my
Topik artikel ini
Semakan & Permohonan
Ditulis oleh
Profil Penulis

Cikgu Shaari

Penulis Pendidikan & Kerjaya

Dikenali dengan gaya penulisan yang mudah difahami dan memberi inspirasi, Cikgu Shaari berkongsi pelbagai panduan pendidikan dan kerjaya di edubestari.com. Beliau percaya bahawa pendidikan adalah kunci utama kejayaan dan perubahan masa depan.

Lihat semua artikel
Edubestari Update Join Channel WhatsApp Info terus ke telefon anda