STR 2023: Senarai Dokumen Yang Perlu Dibawa Ke BSN Untuk Mewakilkan Penerima Tunai Bantuan
Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada initiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka, program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik. Perdana Menteri telah memutuskan supaya STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat.
Untuk makluman, waris dibenarkan untuk mewakilkan penerima STR untuk ambil secara tunai di BSN. Namun waris mestilah bawa bersama dokumen berkaitan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN OLEH WAKIL
Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris yang didaftarkan adalah seperti berikut:
- Kad pengenalan (asal atau salinan) penerima
- Kad pengenalan (asal) waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Wakil juga perlu bawa bersama Dokumen Pengesahan Pertalian mengikut jenis hubungan waris seperti berikut:
Dokumen tambahan mengikut situasi penerima yang tidak dapat hadir untuk penunaian:
- Surat Pengesahan daripada Penjara / Pusat Serenti (jika penerima berada di penjara atau Pusat Serenti); atau
i) Tempoh masa Surat Pengesahan:
– Terdapat paparan tarikh masuk dan keluar penjara: atau
-Sekiranya tiada tarikh masuk keluar penjara, Surat Pengesahan Penjara yang dikeluarkan mesti bertarikh tahun semasa (tahun 2023) - Surat pengesahan majikan dan tarikh mula dan tamat bertugas penerima yang menunjukkan bukti penerima berada di luar negara; atau
- Surat pengesahan hospital jika penerima menerima rawatan di hospital; atau
- Surat pengesahan yang menunjukkan penerima uzur atau tidak berdaya untuk bergerak; atau e. Kad Orang Kurang Upaya (OKU)
Rujuk: STR 2023: Kaedah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Buat Penerima Ada Akaun & Tiada Akaun
Penerima TIDAK PERLU kemaskini permohonan STR 2023 sebelum menerima pembayaran Fasa 1 kerana Pembayaran Fasa 1 STR adalah berdasarkan data Lulus BKM 2022.
Nak tahu anda lulus STR atau tidak, anda boleh semak kelayakan dan kadar bantuan yang diterima di bawah: