Diskaun RM10 Tiket ETS Perjalanan April Hingga Jun 2021. Boleh Mula Beli Sekarang
Berita baik buat rakyat Malaysia! Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan mendapat menikmati potongan diskaun RM10 bagi setiap tiket di bawah kempen promosi Cuti-Cuti Malaysia bermula April ini.
Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kempen dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) itu akan berlangsung selama 3 bulan iaitu sehingga 30 Jun ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan pemberian diskaun tiket ETS.
Isi Kandungan
JUMLAH DISKAUN
Pengguna boleh membuat pembelian tiket ETS dengan diskaun pada tarikh yang ditetapkan. Kadar diskaun yang akan diterima adalah:
- RM10
TARIKH PEMBELIAN
Selaras pelancaran kempen ini, KTMB memaklumkan jualan tiket bagi perkhidmatan ETS dengan diskaun boleh dibeli mulai:
- 15 Mac 2021 hingga 31 Jun 2021
TEMPOH DISKAUN
Mulai hari ini, pengguna boleh beli tiket ETS dengan diskaun bagi perjalanan pada:
- 1 April hingga 30 Jun 2021
CARA BELI TIKET ETS DENGAN DISKAUN
Diskaun berkenaan hanya boleh dinikmati pengguna yang membuat pembelian tiket melalui:
Pengguna perlu memasukkan kod promo CUTIKERETAPI untuk mendapatkan diskaun RM10 bagi pembelian tiket ETS.
Langkah itu bertujuan menggalakkan penggunaan secara dalam talian sesuai dengan norma baharu Perintah Kawalan Pergerakan susulan Covid-19.
TERMA DAN SYARAT
JADUAL PERJALANAN
Sebanyak 24 perkhidmatan ETS disediakan menggunakan jadual waktu sedia ada. Berikut adalah jadual perjalanan April hingga September 2021 yang dikeluarkan oleh pihak KTMB:
Rujuk jadual penuh DI SINI.
Jualan tiket ini dibuka bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal untuk bercuti di dalam negeri tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak kerajaan.