Tawaran Diskaun 50% Saman Polis Sempena Sambutan Hari Polis Tahun 2021
Berita baik buat anda yang masih mempunyai saman tertunggak yang masih belum dibayar! Inilah masanya untuk anda melunaskan semua saman yang ada kerana sempena Sambutan Hari Polis Ke 214 tahun 2021, anda boleh nikmati 50% diskaun apabila membayar saman di kaunter-kaunter ibu pejabat daerah yang dinyatakan.
Sambutan Hari Polis ke 214 adalah pada tarikh 24 Mac setiap tahun. Orang ramai boleh memanfaatkan tawaran diskaun ini sementara masih ada. Namun tempoh tawaran adalah berbeza mengikut daerah masing-masing.
Anda boleh semak jenis saman yang tidak layak dan lokasi tawaran diskaun saman polis di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
JENIS SAMAN YANG TIDAK LAYAK
Tawaran diskaun adalah kepada SEMUA jenis saman polis KECUALI:
- Saman Kemalangan tahun 2020 dan 2021
- Saman Status NC tahun 2018 – 2021 (Non Compoundable)
- Saman Status Waran Tangkap tahun 2020 & 2021
- Saman Status bicara Mahkamah ‘m’
- Saman Berkaitan saman M/Lori ‘^’
- Saman Potong secara Bahaya/ Potong Q tahun 2020 & 2021
- Saman menggunakan Lorong Kecemasan tahun 2020 & 2021
- Saman Jalan semasa lampu isyarat merah tahun 2020 & 2021
- Saman potong garisan berkembar tahun 2020 & 2021
- Saman berkaitan ubahsuai Exzos ‘~’ – dikeluarkan bermula 1/3/2021
CARA DAPATKAN TAWARAN DISKAUN
Tawaran diskaun saman polis 50% boleh didapatkan dengan hadir ke kaunter ibu pejabat polis daerah terlibat pada:
- Tarikh: Tertakluk daerah
- Masa: 9.00 pagi hingga 4.00 petang (Waktu pejabat)
- Hari: Setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum
Perak (15 Mac ~ 31 Mac 2021)
Pahang
IPD Kuantan ( 22 Mac ~ 2 April 2021)
Raub (22 Mac ~ 4 April 2021)
Lipis (11 Mac ~ 4 April 2021)
Melaka (25 Mac ~ 27 Mac 2021)
Negeri Sembilan (22 Mac ~ 7 April 2021)
DISKAUN SAMAN SELURUH NEGARA
Bagi pengguna di IPD selain di atas, anda juga boleh buat pembayaran saman secara online melalyu MyBayar Saman dan nikmati 50% diskaun sehingga 11 April 2021. Semak di sini:
SEMAK SAMAN KENDERAAN
Jika anda terlupa berapa banyak saman atas kenderaan anda yang ada, anda boleh semak saman secara online di laman MYEG dan Rilek dan terus buat pembayaran online jika ada. Ikuti cara di bawah.
Sila buat semakan saman anda di sini dahulu Check Saman Online: Cara Semak Saman JPJ, Polis Trafik & AES
Melalui MYEG
- Layari laman web rasmi MyEG
- Kemudian login menggunakan butiran yang telah didaftarkan sebelum ini (jika belum daftar sebagai pengguna sila daftar dahulu)
- Pergi ke pautan e-Services dan pilih sama ada nak semak saman PDRM/ JPJ / AES
- Kemudian paparan saman akan dikeluarkan
Melalui Portal Rilek
- Layari portal RILEK
- Sila daftar sebagai pengguna
- Kemudian login menggunakan username & password yang telah didaftarkan
- Kemudian klik pada menu “Search By” dan pilih semak saman JPJ / Polis
- Isi maklumat yang diminta dan klik butang Semak
Semak Saman Polis Melalui SMS
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN AKU8055
ATAU
- Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan
- Hantar ke 15888
- Contoh: POLIS SAMAN 860511057812
Jika sudah semak ada saman tu, jangan lupa untuk terus buat pembayaran sementara tawaran diskaun masih ada! Kongsikan kepada rakan dan keluarga juga bagi menjimatkan wang mereka. Ingat, diskaun ini sah sehingga ke tarikh yang diberitahu sahaja, jangan tangguh lagi.