Melaka Tawarkan Diskaun Saman Trafik 60%. Ini Cara Dapatkan Diskaun Saman

Berita baik buat rakyat negeri Melaka! Sempena dengan sambutan Hari Deepavali dan ingin menyantuni rakyat negeri Melaka, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka ingin menawarkan diskaun saman trafik sehingga 60% bagi pelbagai jenis saman!

Rakyat Melaka yang ingin nikmati diskaun yang ditawarkan mestilah buat pembayaran saman dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu ditawarkan dalam tempoh 7 hari sahaja. Pembayaran saman boleh dibuat secara manual dengan langkah yang dikongsikan.

Ikuti perkongsian di bawah untuk semak senarai jenis saman yang ditawarkan diskaun dan panduan membuat pembayaran saman untuk dapatkan tawaran diskaun yang ditawarkan.

TEMPOH TAWARAN DISKAUN

Tawaran diskaun saman trafik di negeri Melaka adalah sah sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh: 9 hingga 15 November 2021
  • Masa: 8 pagi hingga 5.00 petang

Kadar diskaun yang diberikan bagi setiap pembayaran saman trafik dalam tempoh tersebut adalah:

  • Kadar diskaun saman: 60%

JENIS SAMAN DENGAN TAWARAN DISKAUN 60%

Untuk makluman anda, SEMUA JENIS SAMAN TRAFIK yang dibayar akan mendapat tawaran diskaun 60%, KECUALI:

  • Tidak Patuh Lampu Isyarat Merah (2021)
  • Lorong kecemasan (2021)
  • Potong secara merbahaya (2021)
  • Potong di garisan berkembar (2021)
  • Dalam pembicaraan (M)
  • Tidak boleh dikompaun (NC)
  • Kesalahan berkaitan lori
  • Pengubahsuaian Ekzos
Nota: Diskaun saman trafik 60% adalah tertakluk kepada saman di dalam negeri Melaka sahaja.

KAEDAH PEMBAYARAN DENGAN DISKAUN

Untuk makluman anda, untuk mendapatkan diskaun saman trafik, tiada pembayaran secara online dibolehkan. Anda perlu membuat pembayaran saman secara manual untuk mendapatkan tawaran diskaun 60%, iaitu dengan:

  • Hadir ke Kaunter Semakan dan Bayaran Saman Trafik Kontinjen Negeri Melaka

Jangan lepaskan peluang ini! Inilah masanya untuk anda selesaikan semua saman trafik untuk kemudahan nanti.

Untuk rakyat negeri lain atau ingin membuat pembayaran saman selain daripada tempoh yang ditetapkan pada bila-bila masa, anda boleh buat pembayaran secara online melalui MyBayar Saman.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma