Diskaun 70% Pembayaran Saman JPJ Dilanjutkan Sehingga 30 September 2020

Bersempena dengan bulan kemerdekaan yang disambut pada 31 Ogos setiap tahun Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Sebelum ini pihak JPJ telah menetapkan bahawa diskaun diberikan sepanjang bulan kemerdekaan iaitu Ogos sahaja. Namun Menteri Pengangkutan Malaysia telah mengumumkan bahawa  pengurangan sebanyak 70% itu dilanjutkan sehingga akhir bulan September iaitu 30 September 2020.

Isi Kandungan

DISKAUN 70% DITAWARKAN

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut. Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pambayaran dapat dilakukan.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/10158784680047421

CARA SEMAK SAMAN ONLINE / SMS

Semakan saman JPJ dan pembayaran boleh dilakukan secara atas talian sahaja dengan mudah! Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh buat semakan melalui SMS.

Untuk cara semak saman JPJ secara online atau SMS, anda boleh semak di pautan berikut:

Jadi tunggu apa lagi, tawaran 70% diskaun itu bukan sedikit! Jangan sia-siakan peluang ini, anda boleh buat bayaran sehingga hujung bulan September ini untuk nikmati diskaun luar biasa ini.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma