Tempoh Tawaran & Kadar Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 20%
Kepada peminjam PTPTN yang perlu membayar hutang mereka, tanggungjawab itu hendaklah dilunaskan. Ini sudah jelas malah menjadi tuntutan dalam agama. Jika tidak dibayar, kita menafikan hak anak-anak Keluarga Malaysia untuk meraih peluang yang sama.
Bagi memudahkan pembayaran dan memupuk sikap bertanggungjawab, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20%.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut makluman diskaun bayaran PTPTN dalam pembentangan Bajet 2023.
Isi Kandungan
DISKAUN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN
Kerajaan akan memberi diskaun bagi bayaran balik pinjaman PTPTN seperti berikut:
- Diskaun 20% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
- Diskaun 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
- Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual.
TEMPOH DISKAUN
Tempoh diskaun akan diberikan sepanjang tempoh berikut:
- 1 November 2022 sehingga 30 April 2023
PTPTN sentiasa prihatin kepada peminjam dan semoga diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN ini dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi.
Bagi yang nak penyelesaian penuh hutang PTPTN bagi menerima manfaat diskaun, anda boleh juga buat pengeluaran wang simpanan KWSP untuk bayaran PTPTN.
Rujuk: Cara Guna KWSP Untuk Bayar Pinjaman PTPTN
Bagi yang buat permohonan potongan gaji untuk bayaran balik PTPTN setiap bulan, anda boleh rujuk: Cara Mohon Potongan Gaji Untuk Bayaran Balik PTPTN