Yayasan Terengganu Tawar 15% Diskaun Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran

Berita baik buat rakyat Terengganu yang ada membuat pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu! Kini Yayasan Terengganu menawarkan diskaun 15% untuk penyelesaian bayaran balik pinjaman pelajaran sehingga hujung tahun 2020.

Tujuan diskaun ini diberi adalah untuk memudahkan dan meringankan beban peminjam untuk membayar balik pinjaman pengajian Yayasan Terengganu.

Semak syarat dan kaedah membuat pembayaran di perkongsian bawah.

SYARAT-SYARAT DISKAUN 15%

Berikut adalah syarat-syarat mendapatkan diskaun 15% untuk pembayaran balik pinjaman pengajian Yayasan Terengganu:

  • Baki pinjaman dijelaskan dalam tempoh berkuatkuasa 1 JULAI 2020 hingga 31 DISEMBER 2020.
  • Penyelesaian dibuat secara sekaligus dan diskaun dikira berdasarkan Baki Semasa Pinjaman.
  • Pengiraan diskaun dikira ke atas Baki Semasa Pinjaman (diskaun tidak melibatkan caj tambahan seperti kos guaman).
  • Diskaun diberikan kepada Semua Kursus, Peringkat Pengajian dan semua jenis pinjaman.
  • Peminjam yang telah mendapat penghapusan TIDAK LAYAK mendapat diskaun.

KAEDAH PEMBAYARAN

Bayaran balik pinjaman pengajian boleh dibuat dengan kaedah berikut:

  • Pembayaran boleh dibuat melalui saluran bayaran yang disediakan. Sebelum bayaran dibuat, peminjam hendaklah terlebih dahulu mendapat Pengesahan Baki Sebenar dan Pengiraan Diskaun daripada Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu.
  • Bagi pembayaran melalui ‘ONLINE BANKING’, peminjam hendaklah mengemukakan penyata bayaran ke Bahagian Kutipan Balik Pinjaman Yayasan Terengganu.

Ini lah masanya untuk anda selesaikan pinjaman pengajian Yayasan Terengganu dengan diskaun yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Kutipan Balik Pinjaman di talian 09 622 1733.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma