Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

Diskaun 50% Jika Bayar Kompaun Dalam 7 Hari. Buat Rayuan Pengurangan Kompaun Jika Lebih Hari 

Oleh Cikgu Shaari • March 17, 2021 • 2 min baca

Diskaun 50% Jika Bayar Kompaun Dalam 7 Hari. Buat Rayuan Pengurangan Kompaun Jika Lebih Hari 
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan hari ini telah menyatakan jika individu yang telah dikompaun membayar kompaun dalam tempoh seminggu, mereka boleh dapat potongan diskaun sehingga 50%.

Diskaun akaun diberikan kepada individu yang boleh melunaskan kompaun dalam masa 2 minggu dari tarikh hari dikompaun. Individu yang tidak mampu buat bayaran kompaun pada kadar yang ditetapkan juga boleh buat rayuan pengurangan kadar kompaun.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pengurangan kompaun seperti yang ditetapkan.

KADAR DISKAUN KOMPAUN

Seperti yang diumumkan, individu yang dikompaun boleh dapatkan diskaun pada kadar berikut:

  • Diskaun 50% – Jika bayar dalam masa 1-7 hari (minggu pertama)
  • Diskaun 25% – Jika bayar dalam masa 7 – 14 hari (minggu kedua)

Diskaun akan diberikan secara automatik jika buat bayaran dalam tempoh yang ditentukan.

RAYUAN PENGURANGAN KOMPAUN

Rakyat yang tidak mampu membayar kompaun dikenakan dalam tempoh yang ditetapkan boleh membuat rayuan pengurangan kompaun. Antara kategori rakyat yang layak membuat rayuan pengurangan kompaun adalah:

  • Rakyat OKU
  • Rakyat miskin & tidak berkemampuan
  • Pengemis/ gelandangan

CARA BUAT RAYUAN PENGURANGAN

Permohonan rayuan pengurangan kompaun boleh dibuat pada:

  • Pengarah Kesihatan Negeri
  • Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri
  • Pegawai Kesihatan Daerah

Pemohon akan diberikan satu borang untuk diisi. Setiap permohonan rayuan mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan sebagai tanda ketidakmampuan pemohon membayar denda.

Contohnya individu OKU boleh nyatakan Kad OKU atau Kad JKM sebagai bukti sokongan. Sama juga seperti penerima bantuan JKM yang lain.

KOMPAUN KALI PERTAMA

Kerajaan telah menetapkan kesalahan individu kali pertama adalah RM1,500 seperti:

  • Tidak pakai pelitup muka
  • Tidak daftar/ Scan QR sebelum masuk premis
  • Tidak patuhi penjarakan sosial

Usaha kerajaan ini adalah bagi mengurangkan beban rakyat yang tidak berkemampuan. Semoga selepas ini orang ramai lebih dapat mematuhi SOP yang ditetapkan.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.