Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini

Pemberian diskaun bil elektrik yang sebelum ini diumumkan akan diberi dari April sehingga September 2020 kini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Manfaat ini akan diterima oleh semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kadar diskaun bil elektrik yang akan diterima oleh pengguna.

KADAR DISKAUN BIL ELEKTRIK

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini

Pengguna Domestik Semenanjung

Sebanyak 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik di antara dua hingga 50 peratus mulai 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020 sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900 kWj yang mula mendapat diskaun daripada 10% di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun lalu.

Pengguna Domestik Sabah & Sarawak

Pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus sehingga 31 Disember 2020 yang akan memanfaatkan kira-kira 250,000 di Sabah dan 580,000 orang di Sarawak.

Diskaun bagi Sabah dan Sarawak akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Hujung Tahun Ini

Pengguna Bukan Domestik

Suruhanjaya Tenaga memaklumkan bahawa pengguna bukan domestik akan menikmati penurunan surcaj sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020 manakala pengguna elektrik domestik kekal membayar kadar tarif sedia ada.

Anda boleh semak kadar diskaun yang diterima mengikut kadar penggunaan elektrik di pautan berikut:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma