Permohonan Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI) Sesi September 2020 Kini Dibuka

Fakulti Pengajian Islam, UKM menawarkan Program Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam (DPKGI) kemasukan September untuk tempoh selama 3 semester (1 tahun). Terdapat dua lokasi yang akan menjadi pusat pengajian program ini iaitu Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang dan Kolej Yayasan Sabah, Kota Kinabalu.

Kepada calon yang berhasrat untuk menjadi peguam syarie, pegawai mahkamah syariah ataupun yang berminat untuk meningkatkan ilmu dan kualiti perkhidmatan boleh mula memohon.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui maklumat lanjut mengenai permohonan program pengajian.

OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN

Objektif Program Pengajian yang ditawarkan ini adalah:

  • Memenuhi keperluan tenaga manusia yang terlatih dalam bidang kehakiman dan guaman Islam mengikut permintaan semasa;
  • Memindahkan pengetahuan berbentuk teori dan praktikal daripada para akademik dan pengamal industri kepada pelajar yang terdiri daripada bakal peguam syarie, pegawai mahkamah syariah ataupun yang berminat untuk meningkatkan ilmu dan kualiti perkhidmatan

PENGENDALIAN PROGRAM

Pengendalian program adalah seperti berikut:

  1. Kuliah
  2. Diskusi berkumpulan
  3. Tugasan kursus
  4. Seminar/kolokium/wacana/bengkel
  5. e-pembelajaran/UKMFolio
  6. Problem Based Learning (PBL)
  7. Penempatan di Mahkamah Syariah (4 minggu)
  8. Mock/Moot Court

SYARAT KEMASUKAN

Calon yang hendak mengikuti Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam, Mod Eksekutif, mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada kelayakan berikut;

  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah atau Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari universiti universiti yang diiktiraf;
    ATAU
  • Kelayakan lain yang setaraf dan diiktiraf oleh Senat.

Pemilihan pelajar Diploma Pascasiswazah di peringkat Fakulti mengambilkira kriteria berikut:

Permohonan Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Kehakiman Dan Guaman Islam (DPKGI) Sesi September 2020 Kini Dibuka

SENARAI KURSUS

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan:

  • PPPK5433 Pentadbiran Kehakiman dan Perundangan Islam
  • PPPK5413 Advokasi Guaman Islam
  • PPPK5313 Metodologi Teks Fiqh
  • PPPK5123 Undang-undang Keterangan di Mahkamah Syariah
  • PPPK5223 Pentadbiran Harta di Mahkamah Syariah
  • PPPK5443 Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia
  • PPPK5133 Tatacara Jenayah di Mahkamah Syariah
  • PPPK5233 Tatacara Mal di Mahkamah Syariah
  • PPPK5423 Pengharmonian Undang-undang Syariah dan Sivil di Malaysia
  • PPPK5453 Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
  • PPPK5463 Moot dan Penempatan di Mahkamah Syariah

Tempoh pengajian adalah selama 1 tahun (3 semester).

YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian bagi program yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) – RM11,000

Semester 1: RM5,500
Semester berikutnya: RM5,500

*Rebat sebanyak RM1,000 bagi alumni UKM

Kolej Yayasan Sabah – RM12,500

Semester 1: RM6,500
Semester berikutnya: RM6,000

*Rebat sebanyak RM1,000 bagi alumni UKM

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian sehingga 31 Julai 2020. Bagi calon yang berminat untuk memohon, ikut langkah berikut:

  1. Sila lengkapkan permohonan di Sistem eSPEED
  2. Anda dikehendaki melampirkan dokumen berkaitan ke dalam sistem eSPEED. Sila rujuk Senarai Semakan Butiran.
  3. Sebarang permohonan yang dibuat selepas tempoh yang dinyatakan akan dinilai untuk pengambilan yang berikutnya. (Tertakluk kepada penawaran program).
  4. Keputusan permohonan boleh disemak melalui Sistem eSPEED dalam tempoh empat (4) ke lapan minggu selepas tamat tempoh.
  5. Yuran proses tidak akan dikembalikan

SENARAI SEMAKAN BUTIRAN

Berikut adalah senarai dokumen yang perlu anda lampirkan dalam sistem eSPEED untuk membuat permohonan:

  • Gambar berukuran passport terkini dalam format jpeg dengan saiz tidak melebihi 100KB. [Klik sini panduan gambar pelajar]
  • Resit bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 (Warganegara). Bayaran hendaklah dibuat melalui deposit ke akaun Pusat Kembangan Pendidikan (Nombor Akaun CIMB 8002233817).
  • Salinan Ijazah/Diploma/Sijil berkaitan akademik yang disahkan di menu maklumat akademik.
  • Borang Penyokong Akademik bagi program jenis pengajian tesis/penyelidikan di menu dokumen sokongan. Muat turun [Borang Penyokong (Tesis)] & rujuk [Maklumat Cadangan Penyelidikan/Proposal Penyelidikan].
  • Surat pengesahan bekerja yang dikeluarkan oleh majikan/ketua jabatan(jika berkaitan).

Calon dinasihatkan untuk lengkapkan permohonan sebelum tarikh tutup iaitu 31 Julai 2020. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tawaran program pengajian, calon boleh hubungi talian 03 8921 5642/ 5898/ 3995/ 5429 atau emel ke marketingpkp@ukm.edu.my. Calon juga boleh dapatkan maklumat lanjut di laman web www.ukm.my/pkp.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma