DHL Graduate Trainee: Cara Mohon Program Latihan Kerja DHL Buat Graduan

Anda graduan yang masih tiada pengalaman kerja atau pengalaman kerja kurang daripada 2 tahun? Jom bina kerjaya anda sekarang melalui program DHL Graduate Trainee khas untuk graduan! Di sinilah peluang untuk anda bina kerjaya dan menerima kadar ganjaran yang kompetitif.

Melalui pengalaman praktikal dan program pembangunan berstruktur DHL menyediakan pelajar dan graduan dengan pelbagai peluang untuk membangunkan kemahiran profesional anda dalam organisasi terkemuka pasaran global untuk melancarkan kerjaya anda.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program  graduan yang ditawarkan dan cara buat permohonan.

MAKLUMAT PROGRAM

  • Nama Majikan: DHL Express
  • Nama Program: DHL Graduate Trainee
  • Bidang: Pelbagai bidang
  • Tarikh tutup: Rujuk Iklan

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada graduan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam Logistics/Supply Chain Management/Industrial Engineering/Mechanical Engineering/Marketing atau bidang berkaitan
  • CGPA sekurang-kurangnya 3.0 atau Ijazah Kelas Kedua
  • Graduan tiada pengalaman kerja atau dengan pengalaman kurang daripada 2 tahun

Kemahiran Diperlukan

Graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran berikut adalah dipelawa untuk mohon:

  • Kemahiran Software (Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya)
  • Kemahiran berkomunikasi
  • Kemahiran “Sound Numerical”
  • Kemahiran analisis dan penyelesaian masalah yang baik
  • Mesti boleh berinteraksi dengan pelbagai personaliti, budaya dan persekitaran kerja
  • Mesti boleh mengimbangi keutamaan kerja yang diberi untuk keperluan perniagaan

Anda boleh semak senarai deskripsi tugas yang dinyatakan di laman https://careers.dhl.com/

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program graduan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Baca maklumat-maklumat yang diberikan dan klik Apply for this job untuk mohon.

Lengkapkan maklumat yang diminta sehingga selesai dan klik Submit untuk hantar permohonan.

Tunggu apa lagi? Inilah peluang untuk anda bina kerjaya dan tambah pengalaman kerja terutama graduan yang masih tiada pekerjaan. Selain daripada program ini, graduan juga boleh semak:

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma