Permohonan & Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

1 Juta Dekoder MYTV Bakal Ditambah

Kerajaan bercadang untuk menambah sejuta lagi dekoder MYTV untuk siaran televisyen percuma MyFreeview.

Ini kerana perkhidmatan percuma berkenaan mendapat permintaan tinggi daripada rakyat terutama penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau berkata, kementeriannya akan memastikan perkhidmatan siaran digital berkualiti itu akan diterima di semua kawasan tanpa terganggu.

“Sekarang ini permintaan MyFreeview cukup tinggi. Kerajaan telah memohon tambahan sebanyak satu juta lagi (dekoder) untuk kita beri perkhidmatan percuma kepada rakyat terutama di luar bandar untuk permintaan itu. Sumber

PERMOHONAN DEKODER MYTV

Berita baik buat rakyat Malaysia dari golongan B40 dan OKU! Sebelum ini set dekoder MYTV diagihkan kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)yang terpilih sahaja. Namun kini rakyat boleh buat permohonan untuk menuntut Dekoder MYTV secara percuma dengan mudah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan pemohon yang berminat dan masih belum menerima set dekoder myFreeview percuma boleh membuat permohonan sehingga 31 Mei 2020.

Baca juga: Apa Itu Kumpulan B40, M40 dan T20

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat permohonan dan semakan tuntutan set dekoder MYTV percuma bagi golongan B40 dan OKU.

CARA MEMOHON DEKODER MYTV PERCUMA

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan secara online menerusi laman web berikut:

Daftar permohonan mengikut kategori B40 atau OKU.

Permohonan & Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

Pemohon perlu mengisi butiran diri yang lengkap iaitu nama, nombor kad pengenalan, alamat penuh serta nombor telefon atau menghubungi MYTV Careline di talian 1800-18-1088/ 1-300-80-6988 untuk memudahkan proses pengagihan set dekoder percuma myFreeview kepada mereka yang layak.

SEMAKAN DAN TUNTUAN DEKODER MYTV PERCUMA

Semakan status dekoder MYTV percuma boleh dibuat melalui pautan berikut:

Permohonan & Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

Berikut adalah langkah-langkah membuat semakan:

  1. Di halaman Semak Status Dekoder MYTV Percuma akan dipaparkan dua kategori iaitu B40 dan OKU yang berdaftar dengan JKMM.
  2. Klik pada kategori anda.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda untuk membuat semakan. Kemudian klik pada butang ‘semak’.
  4. Status ‘ TAHNIAH’ akan dipaparkan bagi pemohon yang layak
  5. Kemaskini maklumat dengan lengkap.
  6. Setelah selesai, klik butang ‘Hantar’

SALURAN MYTV YANG DITAWARKAN

Berikut adalah saluran TV dan Radio yang boleh didapati di MYTV:

Permohonan & Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

Permohonan & Semakan Tuntutan Dekoder MYTV Percuma Bagi B40 dan OKU

Selepas tarikh tutup 31 Mei 2020, kelayakan permohonan isi rumah B40 dan OKU akan disemak dan penghantaran dekoder melalui perkhidmatan kurier akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat mulai Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari portal rasmi MYTV Broadcasting.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma