Bantuan Khas Covid-19 Fasa 4 (Dana Siswa) Buat Pelajar Prasiswazah UMT

Berikutan dengan keputusan penangguhan pendaftaran secara bersemuka di IPT, ramai pelajar yang terkesan dengan tindakan tersebut. Memahami masalah pelajar, pihak Universiti Malaysia Terengganu menyediakan Bantuan Khas Covid-19 Fasa 4 (Dana Siswa) khas buat golongan ini.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban pelajar UMT yang terkesan akibat penangguhan kemasukan fizikal ke kampus.

Semak syarat kelayakan dan cara memohon bantuan di perkongsian bawah.

SYARAT PERMOHONAN

  • Terbuka kepada semua pelajar yang terkesan akibat penangguhan kemasukan fizikal
  • Keutamaan kepada pelajar B40 dan belum pernah mendapat Bantuan Khas Covid-19 sebelum ini

CARA MOHON BANTUAN

Permohonan adalah dibuka bermula 5 hingga 7 Oktober 2020. Berikut adalah panduan memohon bantuan bagi pelajar yang memerlukan:

  1. Log in laman MYNEMO
  2. Klik menu HEPA
  3. Pilih MYIHSAN
  4. Klik PERMOHONAN BARU
  5. Isi dan kemaskini PROFIL PEMOHON
  6. Pilih DANA SISWA
  7. Isi maklumat berkaitan
  8. Hantar untuk PENGESAHAN.

Pastikan Penyata Akaun Bank yang dilampirkan terdapat maklumat bercetak seperti berikut:

  • Nama
  • Nombor IC
  • Nombor Akaun Bank

Jika gagal berbuat demikian, permohonan anda tidak dapat diproses. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi Seksyen Kesejahteraan Kewangan Pelajar (KEKWA), Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT di talian 09-6684587.

Bantuan Khas Covid-19 Fasa 4 (Dana Siswa) Buat Pelajar Prasiswazah UMT

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma