Cara Mohon Dana Kreatif Sehingga RM10,000 Untuk Penggiat Seni Di Perak

DANA KREATIF PERAK@PORT merupakan satu skim bantuan seni yang sistematik dengan memberi keutamaan kepada para pengkarya dan golongan usahawan bidang seni kreatif kelahiran Perak yang menghasilkan produk/menjalankan projek berkaitan seni kreatif tempatan dengan memberi keutamaan kepada kombinasi elemen tradisional dan moden/kontemporari ataupun elemen rentas disiplin.

Tujuan utama Dana Kreatif Perak@Port ini adalah untuk membantu menyokong pergerakan dan perkembangan penggiat seni. Penggiat seni di Perak yang layak akan menerima dana sehingga RM10,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Dana Kreatif Perak dan cara buat permohonan.

OBJEKTIF DANA KREATIF PERAK

Objektif-objektif pelaksanaan dana ini adalah untuk:

  • Meluaskan penciptaan karya dalam bidang seni dan kreativiti
  • Meringankan bebanan kos para penggiat seni untuk menyertai pameran, pementasan, konsert, bengkel dan forum di dalam dan di luar negara
  • Membantu menaikkan nama negeri Perak di peringkat nasional, serantau mahupun antarabangsa

KADAR BANTUAN

Bantuan akan diberikan sebanyak:

  • RM2,000 hingga RM10,000

Bantuan pembiayaan akan diberikan secara berperingkat iaitu:

  • 40% selepas menandatangani kontrak
  • 40% selepas laporan perkembangan gerak kerja dihantar ke PORT dan diluluskan
  • 20% selepas laporan akhir dan bahan dokumentasi (foto dan video) program diserahkan kepada PORT

KATEGORI DANA

Dana akan diberikan kepada penggiat seni dalam kategori berikut:

Seni Visual

  • Seni Halus
  • Seni Fotografi
  • Seni Mural
  • Graffiti
  • Fesyen Kartun/ komik
  • Seni video
  • Filem Pendek
  • Kraftangan
  • Seramik

Seni Persembahan

  • Tarian
  • Teater
  • Puisidra
  • Monolog
  • Drama
  • Mime
  • Puppetry

Seni Muzik

  • Eksperimental
  • Independen
  • Brass Band
  • Nasyid
  • Buskers

SYARAT KELAYAKAN

Permohonan adalah dibuka kepada penggiat seni yang memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Keutamaan kepada anak-anak seni kelahiran Perak termasuk yang mempunyai bapa kelahiran Perak
  • Para penggiat seni yang buka kelahiran Perak tetapi sudah bermastautin di Perak selama lebih daripada 5 tahun layak memohon
  • Had umur pemohon adalah 18 hingga 50 tahun
  • Keutamaan diberikan kepada proposal yang khusus memberi manfaat dan impak kepada kolektif, kumpulan mahupun persatuan ataupun kepada khalayak awam secara amnya
  • Pemohon mesti mengemukakan portfolio atau CV lengkap untuk membuktikan penglibatan di dalam bidang seni dan kreatif selama lebih dari 3 tahun
  • Setiap proposal mestilah di dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris sahaja
  • Logo Dana Kreatif Perak@Port beserta Logo PORT wajib dipaparkan di dalam semua bentuk cetakan dan promosi projek
  • Setiap proposal akan dinilai Jawatankuasa Panel Penasihat yang dilantik khas. Sebarang keputusan adalah muktamad

CARA MOHON

Sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan memerlukan bantuan yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan sediakan proposal yang lengkap kemudian emel ke alamat berikut:

  • danakreatifperak@gmail.com

Atau hantar ke alamat berikut:

  • PORT (Kampung Karyawan Amanjaya)
    Kampung Karyawan Amanjaya Sdn Bhd
    No.19, Jalan Sultan Azlan Shah,
    31400 Ipoh Perak
    U/P: Cik Dayana Khalid

Pastikan anda hantar proposal ke alamat yang ditetapkan sebelum 26 Disember 2021. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Cik Dayana Khalid di talian 05 241 2287.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma