UFUTURE UiTM: Cara Daftar Portal Pembelajaran Kursus Online Terbuka Buat Orang Ramai

Khas buat para pelajar UiTM dan orang ramai! Universiti Teknologi MARA (UiTM) membangunkan portal pembelajaran secara atas talian UFUTURE untuk kegunaan orang ramai bagi menyampaikan kandungan pembelajaran dalam talian kepada individu yang ingin mengikuti kursus pembelajaran yang disediakan oleh pihak UiTM.

Portal ini telah digunakan seramai 184,148 pelajar, melibatkan seramai 9,437 tenaga pengajar, 5,799 kursus ditawarkan dan 800,887 kandungan pembelajaran dimuat naik menerusi portal ini.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut pembangunan portal UFUTURE UiTM dan panduan pendaftaran.

OBJEKTIF PEMBANGUNAN PORTAL

Objektif utama portal ini dibangunkan adalah:

  • Meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.
  • Bagi memenuhi gaya pembelajaran atau keperluan pelajar masa kini.
  • Bagi meningkatkan kebolehcapaian pengguna dan fleksibiliti masa pelajar dalam proses pembelajaran yang dijalankan.

CAPAIAN PORTAL

Melalui portal ini, pengguna boleh mendapatkan capaian berikut:

  • Kursus UiTM
    Senarai program dan pendekatan pembelajaran komprehensif untuk pelajar sepenuh masa dan separuh masa di UiTM.
  • UiTM MOOC
    Kursus online terbuka secara yang membenarkan akses kepada bilangan peserta yang ramai, interaksi yang berterusan dan akses bahan pembelajaran yang disediakan.
  • Micro Credential Courses:
    Kelayakan pensijilan bagi kemahiran dan pengetahuan khusus yang membolehkan individu kekal relevan dalam bidang mereka.
  • Online Degree:
    Pembelajaran atau kuliah dalam talian yang boleh diakses menerusi interaksi dinamik dengan professor dan rakan sekelas.
  • Short Courses:
    Kursus secara pembangunan profesional dan peribadi untuk meningkatkan kemahiran diri dalam kerjaya.
  • APEL:
    Proses secara sistematik untuk pengenalan, dokumentasi dan penilaian pengalaman terdahulu untuk mempercepatkan perjalanan untuk pengijazahan.

CARA DAFTAR UFUTURE UiTM

Anda mestilah buat pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu untuk mengakses ke portal ini dengan ikut panduan berikut:

  1. Pergi ke laman https://ufuture.uitm.edu.my/
  2. Klik Sign Up untuk daftar akaun
  3. Lengkapkan maklumat di ruangan kosong disediakan dan klik SIGN UP
  4. Selesai daftar, klik log in untuk log masuk ke portal
  5. Anda boleh gunakan portal

Semoga bermanfaat!

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma