Cara Mohon & Kemaskini Jawatan Kosong di Portal SPA Untuk Lepasan SPM, STPM & STAM
Ingin kerja kerajaan atau mengisi kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam? Tapi tak tahu cara? Panduan pendaftaran SPA9 ringkas oleh Edu Bestari ini akan membantu anda. Bagi adik-adik yang baru sahaja menerima keputusan SPM anda juga digalakkan untuk mendaftar dan mengisi permohonan jawatan di Portal SPA.
Isi Kandungan
Apa Itu SPA9?
Sistem SPA9 adalah platform rasmi untuk mendaftar dan memohon pekerjaan dalam sektor awam di Malaysia. Semua calon lepasan SPM, STPM, STAM atau kelulusan setaraf yang berminat untuk berkhidmat dalam sektor awam perlu melalui proses ini.
Langkah-langkah Pendaftaran SPA9
1. Pendaftaran Akaun Baru
Sebelum memohon, anda perlu mendaftar akaun baru SPA9. Pendaftaran ini boleh dilakukan secara online dan percuma.
2. Mengisi Borang Pendaftaran
Setelah akaun didaftarkan, anda perlu mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Sektor Awam (SPA9) secara online. Ini adalah langkah wajib untuk semua pemohon baharu.
3. Tempoh Sah Laku Pendaftaran
Ingat, pendaftaran anda hanya sah untuk tempoh satu tahun. Oleh itu, anda perlu mengemaskini maklumat pendaftaran setiap tahun.
4. Dasar One Step Lower
Pemohon hanya boleh memohon jawatan mengikut tahap kelulusan seperti berikut:
- Ijazah: Jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
- Ijazah dan Diploma/STPM/STAM: Jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
- Diploma/STPM/STAM: Jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM, dan Latihan Separa Perubatan.
5. Batasan Permohonan Jawatan
Anda hanya boleh memohon 15 jawatan pada satu-satu masa melalui borang SPA9. Ini tidak termasuk permohonan jawatan kosong PDRM.
Pentingnya Mematuhi Syarat
Pastikan permohonan anda memenuhi semua syarat yang ditetapkan. Jika tidak, pihak SPA berhak membatalkan semua permohonan anda.
Kelebihan Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam
Baca juga: 12 Kelebihan Bekerja Dalam Perkhidmatan Awam Yang Ramai Terkejar-kejar
Jika permohonan anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pihak SPA boleh membatalkan semua permohonan anda.
Permohonan SPA9 Bagi Lepasan SPM STPM STAM
Di bawah merupakan panduan ringkas berhubung dengan permohonan atau pendaftaran pekerjaan dalam sektor perkhidmatan awam SPA9 kepada calon lepasan SPM, STPM & STAM yang berminat menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam.
Sila ikut langkah mudah di bawah.
PERMOHONAN SPA9 UNTUK LEPASAN SPM, STPM STAM | ||||||||
Di bawah merupakan pautan rasmi untuk anda daftar permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) secara online. Anda boleh akses laman SPA9 melalui pautan di bawah. | ||||||||
Daftar |
|
|||||||
Info Penting Pendaftaran SPA9 | ||||||||
Makluman |
|
|||||||
Kelayakan Permohonan Pendaftaran | ||||||||
Info |
|
|||||||
Maklumat Berkaitan Permohonan SPA9 | ||||||||
|
Pemohon dinasihatkan melayari Portal Rasmi SPA di pautan yang disediakan di bawah bagi mendapatkan sebarang maklumat yang terkini.Info yang dinyatakan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan perubahan semasa.
Semakan Permohonan Anda
Pemohon yang telah berjaya mendaftar, anda boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.
Jika paparan menunjukkan “Tiada Urusan Pengambilan Mulai Tarikh Pendaftaran Permohonan Jawatan”,ini bermakna tiada urusan pengambilan jawatan dari tarikh daftar.
Jika paparan “Tidak Melepasi Syarat-syarat Semasa Yang Ditetapkan Oleh Suruhanjaya” bermakna pemohon tidak melepasi syarat yang ditetapkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan / Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.
Nak Daftar SPA9?
Anda juga boleh terus ke Portal SPA9 untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan permohonan dan pendaftaran pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam. Terus ke SPA9 melalui pautan di bawah.