Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM • Cuti Raya Haji Tak Cukup? Ini Cara Guna CTR Kelompok Untuk Tambah Cuti Tanpa Tolak Annual Leave •Susah Dapat Kerja? Ini Cara Jadi Bos Sendiri Yang Ramai Dah Buat & Berjaya •Isu ‘Tol’ Selat Melaka: Malaysia Tegas Tolak Tindakan Sepihak, Ini Implikasi Sebenar Kepada Ekonomi Dunia •Apple Tap to Pay Kini Di Malaysia: Peniaga Kini Boleh Terima Bayaran Tanpa Mesin Terminal? •Tingkatan Enam UKM & USM 2026 Dibuka: Semakan Tawaran, Rayuan & Tarikh Penting Lepasan SPM •

SelVAX Komuniti: Pendaftaran Vaksinasi Secara Walk In Di Selangor Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • August 3, 2021 • 2 min baca

SelVAX Komuniti: Pendaftaran Vaksinasi Secara Walk In Di Selangor Kini Dibuka
Visual Archive // 2021
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan mencapai ‘herd immunity’, Kerajaan Negeri Selangor kini membuka Program Vaksin Selangor (SelVAX Komuniti) untuk pra-pendaftaran dan ‘walk-in’.

Rakyat Selangor yang ingin dapatkan vaksinasi secara walk in boleh menggunakan kod baucar yang disediakan di bawah untuk mendapatkan vaksin di PPV berhampiran bermula 3 Ogos 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut prapendaftaran vaksinasi secara walk in di Selangor.

TARIKH & MASA VAKSINASI WALK IN

Vaksinasi secara walk in di PPV berhampiran boleh didapatkan pada tarikh dan masa berikut:

  • Tarikh: 3 Ogos hingga 13 Ogos 2021
  • Masa: 9 pagi hingga 6 petang

SYARAT KELAYAKAN

Individu yang layak untuk dapatkan vaksinasi secara walk in adalah:

  • Warganegara dan bukan Warganegara menetap di Lembah Klang (WPKL, Selangor dan Negeri Sembilan)
  • Berumur 18 tahun  ke atas
  • Belum mendapat temujanji melalui MySejahtera/ PICK

SLOT VAKSINASI & KOD PENDAFTARAN

Semak senarai slot vaksinasi di sekitar Selangor dan kod pendaftaran di bawah:

SelVax Komuniti: Pendaftaran Vaksinasi Secara Walk In Di Selangor Kini Dibuka

PRA-PENDAFTARAN DIPERLUKAN

  • Pra-Pendaftaran diperlukan sebelum walk in
  • Pastikan anda pra-daftar dahulu sebelum ke PPV
  • Pra-Daftar dilaksanakan melalui aplikasi SELANGKAH & KOD BAUCAR seperti yang tertera di atas
  • Bilangan slot adalah terhad

PANDUAN PRA-PENDAFTARAN

Individu yang ingin hadir ke PPV untuk vaksinasi secara walk in perlu buat pra-pendaftaran ikut panduan berikut:

  1. Muat turun SELANGKAH di Playstore/ Appstore
  2. Tekan Butang VAX
  3. Tekan TEMUJANJI > SEMAK TEMUJANJI > BUTANG UNGU
  4. Masukkan KOD BAUCAR
  5. Pilih “TARIKH”
  6. Slot anda telah dijadual. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau passport

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman vax.selangkah.my. 

SelVax Komuniti- Pendaftaran Vaksinasi Secara Walk In Di Selangor Kini Dibuka

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.