SelVAX Komuniti: Pendaftaran Vaksinasi Secara Walk In Di Selangor Kini Dibuka
Bagi memastikan seluruh rakyat di negeri Selangor menerima vaksin COVID-19 secepat mungkin dan mencapai ‘herd immunity’, Kerajaan Negeri Selangor kini membuka Program Vaksin Selangor (SelVAX Komuniti) untuk pra-pendaftaran dan ‘walk-in’.
Rakyat Selangor yang ingin dapatkan vaksinasi secara walk in boleh menggunakan kod baucar yang disediakan di bawah untuk mendapatkan vaksin di PPV berhampiran bermula 3 Ogos 2021.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut prapendaftaran vaksinasi secara walk in di Selangor.
Isi Kandungan
TARIKH & MASA VAKSINASI WALK IN
Vaksinasi secara walk in di PPV berhampiran boleh didapatkan pada tarikh dan masa berikut:
- Tarikh: 3 Ogos hingga 13 Ogos 2021
- Masa: 9 pagi hingga 6 petang
SYARAT KELAYAKAN
Individu yang layak untuk dapatkan vaksinasi secara walk in adalah:
- Warganegara dan bukan Warganegara menetap di Lembah Klang (WPKL, Selangor dan Negeri Sembilan)
- Berumur 18 tahun ke atas
- Belum mendapat temujanji melalui MySejahtera/ PICK
SLOT VAKSINASI & KOD PENDAFTARAN
Semak senarai slot vaksinasi di sekitar Selangor dan kod pendaftaran di bawah:
PRA-PENDAFTARAN DIPERLUKAN
- Pra-Pendaftaran diperlukan sebelum walk in
- Pastikan anda pra-daftar dahulu sebelum ke PPV
- Pra-Daftar dilaksanakan melalui aplikasi SELANGKAH & KOD BAUCAR seperti yang tertera di atas
- Bilangan slot adalah terhad
PANDUAN PRA-PENDAFTARAN
Individu yang ingin hadir ke PPV untuk vaksinasi secara walk in perlu buat pra-pendaftaran ikut panduan berikut:
- Muat turun SELANGKAH di Playstore/ Appstore
- Tekan Butang VAX
- Tekan TEMUJANJI > SEMAK TEMUJANJI > BUTANG UNGU
- Masukkan KOD BAUCAR
- Pilih “TARIKH”
- Slot anda telah dijadual. Sila hadir ke PPV dengan membawa kad pengenalan atau passport
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman vax.selangkah.my.