Pendaftaran MyfutureAgro On Job Training Dibuka. 6,000 Peserta Bakal Terima Elaun RM1,000 Sebulan

Pelaksanaan Progam Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan @ MyFutureAgro bertujuan untuk memperkenalkan insentif untuk memudah cara mobiliti tenaga kerja pertanian kepada syarikat perintis bagi melatih dan mengajar tenaga kerja untuk menceburi peluang dalam pertanian dan Agromakanan disamping menggalakkan pengambilan pekerja.

Selain itu, program ini juga dijalankan sebagai intervensi secara langsung bagi membantu pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tempoh pasca COVID-19 mendapatkan latihan dan kemahiran dalam bidang agromakanan.

Semak syarat kelayakan dan cara memohon program MyfutureAgro di perkongsian bawah.

SYARAT KELAYAKAN MYFUTUREAGRO

Kelayakan Kategori Syarikat

  • Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM – Companies Commission of Malaysia) SSM / Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) / Pendaftaran Perniagaan (ROB) / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lain-lain pertubuhan sebelum 10 Ogos 2020; dan
  • Bidang perniagaan atau urusan syarikat hendaklah berkaitan sektor Agromakanan.

Kelayakan Kategori Individu (Perantis)

  • Terbuka kepada semua Lepasan Sekolah, Graduan yang tidak bekerja dan golongan menganggur.
  • Berumur diantara 18 sehingga 55 tahun
  • Berminat untuk menceburi bidang Agromakanan
  • Tidak mengira kelayakan akademik

TANGGUNGJAWAB SYARIKAT/PESERTA

Tanggungjawab Peserta

  • Peserta yang telah ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (Subsidi Upah/Penjana/Prihatin) tidak layak memohon
  • Menjalani latihan kerja (π˜–π˜― π˜‘π˜°π˜£ π˜›π˜³π˜’π˜ͺ𝘯π˜ͺ𝘯𝘨) dalam tempoh yang ditetapkan oleh syarikat
  • Β Mamatuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian

Tanggungjawab Syarikat

  • Menyediakan dan emel maklumat yang diperlukan bagi tujuan penggajian 3 hari selepas Syarikat mendaftar di portal π˜”π˜Ίπ˜π˜Άπ˜΅π˜Άπ˜³π˜¦π˜ˆπ˜¨π˜³π˜°.
  • Mengeluarkan surat tawaran kepada peserta.
  • Memastikan pekerja sedia ada dan pekerja yang ditawarkan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (Subsidi Upah /Penjana/Prihatin) tidak layak memohon.

BENTUK INSENTIF

Peserta MyfutureAgro akan memperoleh insentif Elaun Pengajian (maksimum 6 bulan) seperti berikut:

  • RM800: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) tempatan berumur 40 tahun dan ke bawah; dan
  • RM1,000: Elaun pengajian melalui syarikat dalam Latihan Kerja (On Job Training) berumur 40 tahun ke atas; dan termasuk golongan kurang upaya (OKU).

BANTUAN MOBILITI (one-off)

  • RM600: Sekiranya terpaksa berpindah melebihi 100km (sehala) dari lokasi tempat pemastautin; dan
  • RM1,000: Sekiranya terpaksa berpindah merentasi wilayah seperti dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak atau sebaliknya.

Permohonan Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan

CARA MEMOHON MYFUTUREAGRO

Calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan boleh mula buat permohonan mulai 10 Ogos 2020 dengan langkah berikut:

  1. Pergi ke di Portal mafi.gov.my
  2. Klik Permohonan Peserta atau Pendaftaran Syarikat mengikut kategori anda
    Permohonan Program Mobiliti Tenaga Kerja Dalam Sektor Agromakanan
  3. Baca syarat kelayakan dan tanggungjawab kerja. Klik Next
  4. Lengkapkan borang permohonan secara online yang disertakan
  5. Klik Submit untuk hantar permohonan
  6. Selepas permohonan lengkap diterima, proses pemadanan akan dibuat dan e-mel notifikasi akan diterima selepas selesai proses tersebut.
  7. Pembayaran insentif akan dibuat secara bulanan selepas penerimaan pelaporan daripada pihak syarikat.
  8. Pembayaran bantuan mobiliti akan dibuat selepas syarikat berjaya membuat pemilihan pelatih dan saringan kelayakan dibuat

Calon yang berjaya menyertai program ini akan menjalani Latihan Kerja (On-Job Training) di syarikat sektor Agromakanan untuk tempoh antara 1 hingga 6 bulan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian di talian 03-8870 1802 / 1695 / 1692 atau emel kepada myfutureagro@mafi.gov.my.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma