Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Pendaftaran MUET On Demand (MoD) Sesi Mac 2022 Kini Dibuka

Oleh Cikgu Shaari • February 10, 2022 • 2 min baca

Pendaftaran MUET On Demand (MoD) Sesi Mac 2022 Kini Dibuka
Visual Archive // 2022
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mulai Jun 2018, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menambah kaedah pengelolaan Ujian Malaysian University English Test (MUET) sedia ada, iaitu secara MUET on Demand (MoD) yang diadakan secara Computer Based Test (CBT) dan juga Based Test (PBT).

MUET on Demand atau MoD ini sebenarnya sama sahaja dengan MUET yang sebenar. Apa yang membezakan kedua-dua MUET ini adalah MoD diadakan hampir setiap bulan berbanding MUET sebenar yang diadakan 3 kali setahun, iaitu pada Mac, Julai dan November.

Bagi calon yang bakal menjejak kaki ke pengajian tinggi, pasti anda tahu antara syarat utama adalah MUET. Untuk pengambilan calon MUET On Demand sesi Mac 2022, pendaftaran kini dibuka!

FORMAT SOALAN MUET ON DEMAND (MOD)

Sama seperti MUET sebenar, format ujian MoD juga mengguna pakai Regulations, Test Specifications, Test Format and Sample Questions MUET sedia ada. Standard kertas soalan MUET bagi kaedah MoD adalah sama dengan kaedah MUET sedia ada, iaitu:

  • Listening
  • Speaking
  • Reading
  • Writing

TARIKH PENDAFTARAN & UJIAN MUET ON DEMAND MAC 2022

Calon yang mahu ambil MUET bagi sesi Mac 2022 boleh buat pendaftaran sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh pendaftaran: 9 – 23 Februari 2022
  • Tarikh ujian: 19 Mac 2022
  • Tarikh keputusan: 7 April 2022

CARA DAFTAR MUET ON DEMAND MAC 2022

Calon yang berminat untuk duduki MUET On Demand bagi sesi Mac 2022 boleh buat pendaftaran dalam tempoh ditetapkan. Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:

Yuran pendaftaran dikenakan adalah RM250 bagi setiap pendaftaran calon. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia di talian 03 612 61600 atau emel ke alamat teknikal@mpm.edu.my.

Untuk semak tarikh pendaftaran MUET On Demand dan MUET sebenar sepanjang tahun 2022, anda boleh rujuk KALENDAR MUET 2022.

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.