LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Aplikasi LPPSA MyFinancing ini merupakan inovasi baharu yang diperkenalkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk memberi kemudahan kepada pemohon dan peminjam LPPSA bagi mendapatkan maklumat terkini melalui aplikasi mudah alih.

Berikut adalah kemudahan yang disediakan melalui aplikasi LPPSA MyFinancing kepada peminjam dan cara untuk muat turun serta menggunakannya.

KEMUDAHAN APLIKASI LPPSA MYFINANCING

Antara kemudahan yang disediakan melalui aplikasi LPPSA MyFinancing adalah:

  • Status terkini permohonan pembiayaan.
  • Amaun baki pembiayaan.
  • Amaun pengeluaran bayaran.
  • Amaun ansuran bulanan.
  • Amaun tunggakan.
  • Status akaun pembiayaan.
  • Hebahan mengenai LPPSA.

MUAT TURUN APLIKASI LPPSA MYFINANCING

Pengguna boleh memuat turun aplikasi LPPSA MyFinancing di pautan yang dikongsikan di bawah:

INSTALL LPPSA MYFINANCING – ANDROID

INSTALL LPPSA MYFINANCING – APPLE

CARA MENGGUNAKAN KEMUDAHAN APLIKASI LPPSA MYFINANCING

Untuk menggunakan kemudahan dalam aplikasi LPPSA MyFinancing, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu dalam aplikasi.

Pendaftaran pengguna hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang telah mendaftar pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA sahaja.

Jika anda belum mendaftar di Portal permohonan Pembiayaan LPPSA, anda boleh daftar sekarang DI SINI

Setelah selesai mendaftar, pengguna perlu untuk memasukkan maklumat di bawah seperti yang telah didaftarkan pada Portal Permohonan Pembiayaan LPPSA ke dalam maklumat untuk daftar LPPSA MyFinancing:

  1. Masukkan ID (No. Kad Pengenalan Pengguna)
  2. Masukkan Kata Laluan
  3. Masukkan No Telefon Bimbit
  4. Masukkan Emel Peribadi
  5. Tekan butang DAFTAR

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Setelah daftar, pengguna akan masuk ke paparan utama dan dapat lihat Maklumat Pembiayaan seperti berikut.

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Lihat Maklumat Pembiayaan (Tambahan)

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Maklumat Ansuran Bulanan

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Maklumat Amaun Pengeluaran Terkini

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Hebahan LPPSA

Sebarang hebahan terbaru LPPSA akan dihantar terus ke dalam peti mesej aplikasi tersebut.

LPPSA MyFinancing: Cara Daftar, Semak Status Permohonan & Baki Pembiayaan LPPSA Melalui Aplikasi Mudah Alih

Semoga perkongsian ini dapat membantu penjawat awam yang membuat pembiayaan LPPSA untuk mendapatkan aplikasi mudah alih LPPSA MyFinancing ini. Dengan kemudahan yang ada, peminjam lebih mudah untuk membuat semakan baki pembiayaan dan maklumat pembayaran yang lain.

Anda boleh rujuk Manual Pengguna yang disediakan di bawah untuk panduan lebih lanjut:

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma