Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) • Skill Kerja 2026: Cara Upgrade Diri Supaya Tak Ketinggalan Zaman (AI + Human Skills) •Cara Beli Rumah Pertama Usia Muda 2026: Skim Kerajaan, KWSP & Strategi Lulus Loan •Mekap Temuduga Kerja: Cara Solekan Natural Yang Buat Anda Nampak Profesional (Panduan Lengkap 2026) •Kerja Kilang 2026: Senarai Jawatan Selain Operator, Gaji & Cara Mohon (Lengkap + Tips Lulus Temuduga) •Rumah Rosak Akibat Banjir Atau Kebakaran? Ini Cara Claim Insurans & Takaful Rumah (Panduan Lengkap 2026) •

Mudah! Ini Cara Daftar KWSP Secara Online Buat Majikan Baharu

Oleh Cikgu Shaari • February 1, 2023 • 2 min baca

Mudah! Ini Cara Daftar KWSP Secara Online Buat Majikan Baharu
Visual Archive // 2023
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Mengikut Seksyen 41 (1) Akta KWSP 1991, setiap majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan baharu perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan hadir ke kaunter KWSP yang berdekatan untuk mendaftar sebagai majikan KWSP.

Namun dengan kemudahan terkini yang disediakan oleh pihak KWSP, majikan kini boleh buat pendaftaran secara online dengan mudah! Boleh buat di mana-mana sahaja, pendaftaran anda siap dalam 10 minit tanpa dokumen atau bayaran.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan pendaftaran KWSP majikan secara atas talian.

SENARAI MAJIKAN SEKTOR AWAM & SWASTA

Majikan yang tergolong dalam kategori sektor awam adalah:

  • Jabatan pentadbiran di bawah Kerajaan Malaysia
  • Sekolah-sekolah kerajaan/ Institut Pengajian Tinggi Awam
  • Badan-badan berkanun
  • Kerajaan Tempatan
  • Suruhanjaya Awam

Majikan yang tergolong dalam kategori sektor swasta pula adalah:

  • Syarikat Sdn Bhd berdaftar dengan SSM
  • Perniagaan yang berdaftar dengan SSM
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) atau Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC)
  • Bank-bank yang diluluskan oleh Bank Negara

KEMUDAHAN PENDAFTARAN KWSP MAJIKAN BARU SECARA ONLINE

Antara kelebihan membuat pendaftaran majikan baru KWSP secara online adalah:

  • Pendaftaran i-Akaun (Majikan) secara dalam talian
  • Menjimatkan masa dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja
  • Pendaftaran adalah percuma
  • Transaksi secara layan diri
  • Siap dalam 10 minit tanpa dokumen atau bayaran

PANDUAN PENDAFTARAN KWSP MAJIKAN SECARA ONLINE

Bagi melancarkan proses pendaftaran majikan, pastikan anda:

  • Telah berdaftar di bawah kategori syarikat (ROC) atau perniagaan (ROB) dengan SSM
  • belum berdaftar sebagai majikan
  • Telah mempunyai pekerja
  • Menyemak agar setiap maklumat pendaftaran yang dikunci masuk semasa proses pendaftaran mestilah SAMA dengan maklumat yang didaftarkan atau direkodkan di SSM

Kini anda boleh mendaftar sebagai majikan dengan hanya lengkapkan pendaftaran secara atas talian di pautan berikut:

Semoga bermanfaat!

Penulis

Cikgu Shaari

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.