Daftar Kerjaya Up: Lebih 1,000 Peluang Kerja Di 6 Lokasi Temuduga Seluruh Malaysia

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia menganjurkan Program Kerjaya Up yang akan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan enam lokasi di Malaysia.

Peluang kerjaya akan ditawarkan dengan pelaksanaan temuduga secara fizikal pada tarikh 4 Disember nanti. Pencari kerja di luar sana dah boleh simpan tarikh ini dan ketahui lokasi-lokasi terlibat yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program ditawarkan dan panduan buat pendaftaran.

MAKLUMAT TEMUDUGA

  • Nama program: Program Kerjaya UP
  • Anjuran: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Tarikh temuduga: 4 Disember 2021
  • Masa temuduga: 9 pagi hingga 4 petang
  • Tempat temuduga: 6 lokasi di Malaysia

TEMUDUGA 6 LOKASI DI MALAYSIA

Temuduga secara fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan akan dilaksanakan di 6 lokasi berikut:

  • Kedah (Lebih 1,000 kekosongan jawatan)
    Dewan Serbaguna Institut Latihan Perindustrian (ILP), Jitra
  • Pahang
    Dewan Paya Besar, Kuantan
  • Sabah
    Dewan Satuk Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort
  • Perak
    Kompleks Sukan Tapah
  • Kuala Lumpur
    Dewan Komuniti Setiawangsa
  • Pahang
    Dewan Konvensyen Bera

CARA DAFTAR TEMUDUGA KERJAYA UP

Sekiranya anda berminat untuk sertai program Kerjaya Up dan dapatkan peluang pekerjaan yang ditawarkan, anda boleh buat pendaftaran awal sebelum hadir temuduga. Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:

Kedah

PENDAFTARAN KERJAYA UP – KEDAH

Pahang

PENDAFTARAN KERJAYA UP – PAHANG

Sabah

PENDAFTARAN KERJAYA UP – SABAH

Perak

PENDAFTARAN KERJAYA UP – PERAK

Kuala Lumpur

PENDAFTARAN KERJAYA UP – KUALA LUMPUR

Pahang

PENDAFTARAN KERJAYA UP – PAHANG

PANDUAN HADIR TEMUDUGA

Calon yang buat pendaftaran dan berminat untuk dapatkan peluang pekerjaan melalui Program Kerjaya Up ini pergi hadir ke temuduga mengikut panduan berikut:

  • Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Para calon diminta hadir dengan berpakaian formal ataupun smart casual
  • Membawa serta resume, gambar bersaiz passport dan sijil-sijil berkaitan
  • Calon wajiblah lengkap vaksinasi

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Program Kerjaya UP, anda boleh hubungi pegawai bertugas di talian berikut:

  • Cik Mastura: 018 213 0230
  • Encik Azman: 019 658 5507
  • 1300 88 2000/ 03 8091 5300

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma