Jaringan Prihatin Dilanjutkan Sehingga 30 September. Ini Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM300

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih. Program bernilai RM3.5 bilion ini merupakan pelengkap kepada inisiatif MyDigital yang diumumkan pada Februari 2021.

Jaringan Prihatin adalah kerjasama antara Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta dua belas syarikat telekomunikasi di Malaysia. Golongan yang layak boleh daftar untuk dapatkan inisiatif jaringan yang kini dilanjutkan sehingga 30 September 2021.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut Program Jaringan Prihatin dan cara daftar Program Jaringan Prihatin.

12 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERLIBAT

Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan kerjasama memberi inisiatif ini adalah:

  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • Mcalls
  • redONE
  • speakOUT
  • Tune Talk
  • U Mobile
  • unifi Mobile
  • XOX Mobile
  • YES
  • Yoodo

PENERIMA YANG LAYAK & KADAR BANTUAN

Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin.

Di bawah Program Jaringan Prihatin, penerima yang layak boleh memilih salah satu dari dua manfaat, iaitu pakej peranti atau pelan data bulanan:

  • Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti: RM300; atau
    Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan: RM180
  • Tiada anak di bawah umur 18 tahun
    Bantuan untuk Pakej Peranti: RM180; atau
    Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan (RM15/bulan): RM180

TARIKH PENDAFTARAN

Pendaftaran untuk Jaringan Prihatin akan dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • Tarikh pendaftaran: 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021 DILANJUTKAN SEHINGGA 30 September 2021

Rujuk: Cara Tukar Atau Ambil Pakej Syarikat Telekomunikasi Lain Untuk Program Jaringan Prihatin

CARA DAFTAR PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Individu yang ingin daftar Jaringan Prihatin boleh buat pendaftaran melalui syarikat telekomunikasi masing-masing.

Digi

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk telekomunikasi Digi boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

U Mobile

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk U Mobile boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

Celcom

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk Celcom boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

Unifi

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk Unifi boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

Maxis

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk Maxis boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

YES

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk YES boleh dibuat di pautan berikut:

XOX Mobile

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk XOX Mobile boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

Yoodo

Pendaftaran Jaringan Prihatin untuk Yoodo boleh dibuat di pautan berikut:

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

PROSES LANGGANAN

Program Jaringan Prihatin: Cara Daftar Bantuan Peranti & Pelan Data RM180 - RM300 Golongan B40

PENERIMA TIDAK BOLEH

Penerima tidak boleh:

  • Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali sebulan.
  • Memilih masa pembayaran subsidi dibuat. Secara umum, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar.
  • Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai.
  • Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan.
Nota: Sila rujuk kepada laman sesawang syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat terperinci Program Jaringan Prihatin.

Golongan B40 yang layak boleh pilih sama ada ingin daftar untuk Bantuan Pakej Peranti atau Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 Bulan mengikut keperluan masing-masing sepanjang tempoh yang ditetapkan, iaitu sehingga 31 Ogos 2021.

Jaringan Prihatin menerapkan konsep keterangkuman dan pada masa yang sama merupakan langkah untuk memperkasakan rakyat Malaysia ke arah ekonomi digital bagi memastikan tiada rakyat yang ketinggalan. Untuk maklumat lanjut mengenai Jaringan Prihatin, anda boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/indec.php/bm/jaringanprihatin

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma