COVID-19 Tidak Menjangkiti Bayi Melalui Susu Ibu, Teruskan Menyusu Bayi Anda – Pusat Laktasi Kebangsaan

Dalam ketakutan orang ramai mengenai penularan wabak jangkitan Covid-19, semua orang tahu virus tersebut mudah berjangkit melalui titisan pernafasan atau sentuhan antara individu.

Namun dalam kerisauan ini, pasti ada juga ramai ibu yang dalam keadaan masih menyusukan anak berfikir bahawa jangkitan ini juga boleh berjangkit melalui susu ibu. Anggapan tersebut ternyata salah.

Kita semua tahu bahawa susu ibu mempunyai banyak manfaatnya bahkan sehingga wabak Covid-19 tidak boleh menjangkitinya. Kesahihan perkara ini adalah disahkan oleh Pusat Laktasi Kebangsaan yang menyatakan bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui susu ibu.

Pihak Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati ibu-ibu supaya teruskan menyusu bayi dengan mematuhi langkah-langkah yang tertera di bawah.

Selepas membaca perkongsian ini, diharapkan ibu susuan tidak berasa takut untuk menyusukan bayi anda. Pastikan juga anda ikuti langkah-langkah yang diarah seperti di atas.

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma