Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) • Cara Dapatkan Gambar Rasmi Pemimpin Negara Secara Sah – Elak Salah Guna & Risiko Undang-Undang •Main Game Boleh Jadi Duit? Ini Cara Jana Pendapatan Melalui E-Sukan Di Malaysia •Gagal Temuduga SPP? Jangan Sedih, Ini Laluan Guru Sekolah Swasta Yang Ramai Terlepas Pandang •Nak Jadi Pilot Tapi Tak Mampu Bayar RM350K? Ini Laluan TUDM Yang Ramai Tak Tahu •Buat Resume Guna Phone Dalam 15 Minit – Cara Paling Mudah (Siap PDF Terus Hantar!) •

COVID-19: Kes ‘Sporadic’ Pertama Telah disahkan di Malaysia, Ini Maksudnya

Oleh eduadmin • March 12, 2020 • 2 min baca

COVID-19: Kes ‘Sporadic’ Pertama Telah disahkan di Malaysia, Ini Maksudnya
Visual Archive // 2020
Kongsi: Telegram Facebook X / Twitter

Malaysia mengesahkan jangkitan kes “Sporadic” pertama Covid-19 semalam, menandakan pertama kali coronavirus itu dikesan secara terpencil dan rawak dalam masyarakat.

Apa maksud kes ‘sporadic’?

“Sporadic” bermaksud orang yang dijangkiti tidak pernah melawat mana-mana negara yang sudah dijangkiti atau berjumpa dengan mana mana individu yang sudah dijangkiti.

Menurut laporan NST, siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti punca jangkitan “Sporadic” ini. KKM juga akan terus mengenal pasti dan mengesan kontak rapat melalui “contact tracing” sehingga punca jangkitan dikenal pasti.

Masyarakat juga digalakkan untuk mengikuti setiap perkembangan terkini COVID-19 dengan sentiasa alert dengan makluman dari sumber KKM yang sah terutamanya di Fanpage KKM sendiri.

STATISTIK TERKINI COVID-19 DI SELURUH DUNIA

Bagi yang masih tidak sedar bagaimana hebatnya jangkitan ini berlarutan dan bertambah, lihat statistik yang dikongsikan di bawah mengenai catatan jangkitan COVID-19 di seluruh dunia sehingga 12 Mac 2020.

Statistik COVID19

Angka pesakit yang dijangkiti wabak virus dari Wuhan, China terus meningkat sehingga kini jumlah keseluruhan kes sehingga 126,135 orang dari 112 negara. Jumlah kematian keseluruhan pula adalah sehingga 4,630 di seluruh dunia.

Di Malaysia pula, walaupun situasi masih lagi terkawal, namun angka peningkatan kes terus bertambah dari masa ke semasa. Jumlah kes yang disahkan positif setakat 12 Mac 2020 adalah sehingga 149 orang. Namun 24 orang pesakit COVID-19 telah berjaya disembuhkan sehingga hari ini dengan laporan bahawa tiada kes kematian dicatatkan.

Penulis

Terokai Lagi —

Jangan tunggu. Masa tidak menunggu sesiapa.

Jangan Jadi
Biasa.