COVID-19: DIY Hand Sanitizer & Pencuci Menggunakan Clorox, Ini Panduan Dari Doktor

Clorox basmi Koronavirus?

Umum mengetahui yang COVID-19 turut tersebar di kawasan yang bersentuhan dengan pembawanya seperti meja, kerusi, tombol pintu dan sebagainya.

Jadi kawasan-kawasan yang pernah diketahui terdedah dengan pesakit perlulah sentiasa dicuci dan dikekalkan tahap kebersihannya.

Sebagai langkah pembersihan di rumah, pejabat dan di sekolah, anda tak perlu bazirkan duit untuk membeli chemical yang mahal, cukup sekadar menggunakan Clorox sebagai usaha awal untuk membuat pembersihan kawasan rumah, sekolah atau pejabat anda.

Iya Clorox!

Bahan dan cara bancuhan ini dikongsi oleh seorang doktor petugas KKM yang di rujuk.

Cara mudah bersihkan alatan ni memadai gunakan Clorox dengan bancuhan berikut:

1. 10ml Clorox
2. 50ml Air biasa/paip
3. Masukkan dalam bekas penyembur
4. Goncang
5. Sembur
6. Lap
7. Biarkan tanpa perlu bilas.

Anda boleh cuba hasilkan sendiri di rumah sebagai langkah pencucian dan pencegahan awal sekiranya keadaan memerlukan.

Kredit: Izman Pauzi

Pilihan Editor

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma