Cover Letter Menarik Untuk Mohon Kerja Yang Jarang Orang Guna. Apply 2 Jam Terus Dapat Panggilan Temuduga
Melalui laman Facebook, seorang pengguna kongsikan pengalaman beliau menghantar cover letter yang menarik untuk permohonan kerja dan berjaya dapat panggilan temuduga selepas 2 hingga 3 jam mohon.
Menurut beliau setelah melihat perbezaan permohonan kerja yang menggunakan cover letter biasa dengan yang menarik ini, peluang ditawarkan temuduga meningkat sehingga 50%!
Dapatkan tips-tips membuat cover letter menarik yang jarang orang gunakan untuk permohonan kerja di perkongsian bawah.
Isi Kandungan
TIPS COVER LETTER MENARIK
1) Subject Email
Di bahagian subject email biasanya orang akan letak tajuk An Aplication Job for XXX. Tapi kali ini cuba tukar pada subject yang lebih menarik. Sebagai contoh:
- Aien Najihah- A Candidate for Your Company
- Aien Najihah- The Right Fit for Your Company
Anda boleh pilih subjek mana yang anda suka tetapi pastikan ringkas, menarik dan menggambarkan diri anda.
Sebagai contoh di atas, anda memperkenalkan nama dan menyatakan bahawa anda sedang mencari kerja dan adalah pekerja yang tepat untuk syarikat, maka pilihlah anda untuk ditemuduga.
2) Tell A Strory
Semua orang sukakan cerita kan? Jadi, ceritakan tentang diri anda, tetapi pastikan menarik.
Sebagai pendahuluan, anda boleh bercerita tentang minat anda pada kejuruteraan(ikut jawatan anda) dan kaitkan dengan syarikat tersebut. Jadi anda kena cari apa yang menarik tentang diri anda dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda nak mohon. Pastikan cerita adalah ringkas sahaja dan dalam satu perenggan. Jangan sesekali menipu.
3) Kemahiran Profesional
Masuk perenggan kedua, anda dah boleh mula bercerita ringkas tentang professional life anda. Pengalaman dan jobscope yang anda dah buat selama beberapa tahun bekerja dan akhir sekali simpulkan dengan one sentence saja.
“in short, i am experiences in handling a project starting from a scratch, to maintaining it and completely understand how important the responsibility is.”
4) Senaraikan Semua Pencapaian Anda
Ini penting untuk lebih meyakinkan pengurus pengambilan pekerja. Ia memberikan anda lebih kredibiliti kenapa anda patut dipanggil temuduga. Ia boleh buat hiring manager tak sabar nak jumpa dan kenal anda.
5) Penutup
Untuk penutup, nyatakan bahawa anda memang bersungguh sungguh nak bekerja di syarikat tersebut dan berminat untuk menghadiri temuduga secepat mungkin.
Untuk signature, pastikan anda letak:
- Nama
- Nombor Telefon
- Alamat Email yang aktif
Senang untuk pihak syarikat hubungi anda nanti.
CONTOH COVER LETTER MENARIK YANG JARANG CALON GUNA
Jarang orang gunakan kaedah jalan penceritaan dalam penulisan cover letter untuk memohon kerja melalui email. Dengan cover letter yang menarik dan lain daripada orang lain memang tidak mustahil jika anda akan dipanggil temuduga sebaik sahaja majikan baca email anda.
Semoga bermanfaat!