Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Kerja, Lewat Ke Tempat Kerja, Tak Hadir Kursus & Lain-lain

Pernahkah situasi ini berlaku kepada anda?

  • Tidak dapat hadir kerja
  • Lewat hadir ke tempat kerja
  • Melakukan kesalahan tata tertib
  • Tidak dapat hadir kursus
  • Tidak dapat hadir mesyuarat

Sebagai pekerja, situasi seperti ini pasti pernah berlaku kepada anda. Dalam situasi sebegini pastikan anda buat surat kepada majikan bagi memaklumkan penjelasan anda. Surat penjelasan tunjuk sebab ini sangat penting agar kita tidak dikenakan tindakan tata tertib atau lebih teruk lagi dibuang kerja.

Baca juga: Waktu Paling Sesuai Mohon Kerja di Malaysia Mengikut Kajian & Trend Majikan

Di bawah merupakan perkongsian tentang contoh-contoh format surat yang anda boleh gunakan bagi sebab tidak hadir kerja, lewat hadir kerja, kesalahan tata tertib, tidak hadir kursus dan tidak hadir mesyuarat.

FORMAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR KERJA

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Dalam memberi alasan untuk dikemukakan dalam surat pastikan alasan anda kukuh dan munasabah supaya majikan boleh terima.

Lebih baik lagi jika anda dapat sertakan bersama bukti yang mengukuhkan lagi alasan anda. Di bawah merupakan contoh surat tunjuk sebab tak hadir kerja yang anda boleh gunakan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Kerja, Lewat Ke Tempat Kerja & Lain-lain

DOWNLOAD

FORMAT SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR KERJA

Anda mungkin akan mengalami kelewatan ke tempat kerja atas sebab-sebab tertentu dan anda tidak pernah lewat ke tempat kerja sebelum ini.

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan. Pastikan alasan yang diberikan adalah masuk akal dan boleh diterima majikan.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Kerja, Lewat Ke Tempat Kerja & Lain-lain

DOWNLOAD

FORMAT SURAT TUNJUK SEBAB KESALAHAN TATA TERTIB

Mungkin anda bukan seorang pekerja yang jenis datang lewat atau tidak hadir kerja langsung. Tetapi ada kesalahan tata tertib yang telah anda lakukan secara tidak sengaja dan anda sahaja yang tahu.

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab kesalahan tata tertib dengan format yang anda boleh guna.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Kerja, Lewat Ke Tempat Kerja & Lain-lain

DOWNLOAD

FORMAT TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT HADIR KURSUS

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya kursus berlangsung beberapa hari dan bukannya sehari. Pastikan alasan yang diberikan itu masuk akal untuk menyatakan sebab anda tidak hadir kursus tersebut.

Contoh Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Kerja, Lewat Ke Tempat Kerja & Lain-lain

DOWNLOAD

FORMAT SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR MESYUARAT

Ketidakhadiran anda ke satu mesyuarat mungkin akan membuatkan majikan anda tidak senang. Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak dapat hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, pastikan anda menulis alasan yang logik dan masuk akal.

DOWNLOAD

Format-format tunjuk sebab yang dikongsikan di atas boleh menjadi panduan anda untuk membuat surat penjelasan kepada majikan anda. Jika anda dalam situasi yang  sebegini, pastikan anda sediakan surat yang beserta dengan penjelasan yang boleh diterima kepada majikan untuk mengelakkan tindakan dikenakan kepada anda.

Anda haruslah bersifat profesional dalam bekerja dan sentiasa jujur dengan majikan bagi mengelakkan perasaan tidak senang terhadap anda timbul. Jika anda memberikan penjelasan kepada majikan, ia secara tidak langsung akan membuatkan majikan menganggap anda tidak sengaja untuk membuat kesalahan tersebut.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.

Join Channel Telegram Portal Pendidikan Terbesar Di Malaysia Percuma