Contoh Soalan Sensitif Yang Ditanya Semasa Temuduga. Contoh Jawapan Disediakan
Setiap calon yang akan menghadiri temuduga pasti akan membuat persiapan dari segi persediaan jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanya dalam temuduga. Untuk peringatan semua, jangan terlalu berharap soalan yang anda hafal akan sepenuhnya ditanya nanti.
Tak salah nak hafal jawapan, tetapi jangan terlalu hafal sehinggakan tak tahu nak jawab soalan lain. Pernah terfikir tak selain daripada soalan-soalan berkaitan kerja, panel penemuduga akan tanya soalan yang agak pelik dan sensitif?
Apa soalan pelik dan sensitif yang mungkin ditanya dalam temuduga? Jika nak tahu, ikuti perkongsian di bawah.
Isi Kandungan
SOALAN PELIK SEMASA TEMUDUGA
Kadangkala panel penemuduga suka bertanyakan soalan yang pelik ketika sesi temuduga dijalankan.
Tapi jangan risau, soalan pelik yang diajukan ini sebenarnya mempunyai maksudnya tersendiri.
Contoh soalan pelik yang kadangkala ditanya oleh penemuduga ialah:
- “Boleh berpantun tak? Kalau boleh, jom kita berbalas pantun”:
– Penemuduga nak uji kreativiti dan ingin tahu adakah anda seorang pemalu atau tidak. - “Kalau diberi pilihan, nak jadi superhero yang mana?”:
– Disini, penemuduga nak lihat sifat kepimpinan anda jenis bagaimana. Sama ada agresif, lemah lebut, bossy atau sebagai leader. - “Ini buku, macam mana awak nak jual buku ini kepada saya?”.
– Biasanya penemuduga nak uji macam mana calon berfikir dengan yakin, kreatif dan sifat kesungguhan yang ada dalam diri.
Tapi sebagai calon, jangan sesekali jawab tak tahu kalau disoal dengan soalan pelik begini. Tarik nafas dan berikan jawapan yang kreatif.
CONTOH SOALAN SENSITIF SEMASA TEMUDUGA & CONTOH JAWAPAN
Mungkin soalan-soalan ini ditanya oleh panel penemuduga kepada anda. Tak perlu risau, tetapi bolehlah buat persediaan awal. Tidak lah nanti anda terkial-kial nak jawab.
Soalan 1 : Soalan Politik
Jawapan
Pada pendapat saya, situasi politik yang berlaku pada masa kini sebenarnya juga biasa berlaku di luar negara. Jadi, ia adalah satu lumrah dunia politik dan sebagai rakyat, tenang sahaja hadapi semua ini.
Nota
Jangan komen lebih-lebih atau tunjukkan anda tu pro parti. Bahaya! Jawab secara biasa sahaja tanpa memihak kepada sesiapa ya!
Baca juga: Ditanya Soalan Berkaitan Politik Ketika Temuduga, Ini Cara Jawab Serta Contoh Soalan
Soalan 2: Soalan Permainan
Jawapan
Pada pendapat saya, ia agak tidak sesuai untuk staf saya kalau ia melibatkan masa sampai tidak cukup tidur. Nanti ia menyebabkan kualiti kerja tidak mencapai target dengan alasan mengantuk dan sebagainya. Melainkan staf pandai membahagikan masa, tidak mengganggu masa bekerja dan sihat itu tiada masalah untuk saya.
Nota
Beri jawapan yang mempunyai alasan, nampak smart dan menunjukkan anda serius serta berkomitmen dengan pekerjaan anda.
Soalan 3: Soalan Berkaitan Anak/ Keluarga
Jawapan
Alhamdulillah, saya dan isteri/suami sudah memperolehi seorang cahaya mata lelai/perempuan. Mudah-mudahan dengan mendapat rezeki bekerja disini, saya dikurniakan seorang lagi cahaya mata dan cukuplah sepasang anak nanti.
Alhamdulillah Tuan/Puan. Setakat sekarang saya dan isteri/suami belum lagi dikurniakan zuriat dan mana tahu setelah diterima bekerja disini, rezeki dari Allah saya dikurniakan anda sepertimana impian orang lain.
Soalan 4: Soalan Status Perkahwinan
Jawapan
Saya dah berkahwin, Tuan/Puan. Alhamdulillah, walaupun dah kahwin, prestasi kerja semakin bertambah baik dan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang pada hujung tahun lepas. Malah, saya juga boleh bertolak ansur sekiranya majikan memerlukan saya untuk bekerja lebih masa atau ke luar daerah.
Alhamdulillah, Tuan/Puan. Walaupun diusia begini saya belum berkahwin, tetapi saya mempunyai pelbagai manfaat ketika bekerja iaitu mudah untuk bekerja di luar daerah, boleh ikuti kursus pada bila-bila masa dan prestasi kerja berada di tahap yang terbaik. Tuan/Puan boleh rujuk sijil kemahiran, kursus dan sijil Anugerah Pekerja Terbaik saya yang ada pada tuan.
Baca juga: 64 Soalan Temuduga Kerja Yang Mencabar & Panduan Menjawab Setiap Soalan
Memang agak sensitif soalan ini. Jawab dengan tenang dan fokuskan kepada jawatan yang anda mohon. Kaitkan dengan hala tuju pekerjaan serta syarikat dan elakkan provokasi. Kadangkala penemuduga nak uji emosi anda sahaja.
Semoga bermanfaat!